Find Topic here eg.: Batuk

Showing posts with label Kisahku. Show all posts
Showing posts with label Kisahku. Show all posts

Monday, August 2, 2010

Kenapa Aku masih Setia dengan Agel?

Kenapa aku masih setia menjual Trial Pek Agel? Kerana setelah aku mencuba yang lain, aku tak jumpa yang se'berkesan' dan se'istimewa' seperti Agel. Tiada yang lebih baik untuk baby yang perlukan rawatan secara natural dan selamat. Lagipun, setiap bulan tak putus-putus ibubapa prihatin menghubungiku untuk mencuba dan juga mengulang beli produk Agel ini.


Kalau aku berhenti, mungkin ada lagi bayi-bayi dan kanak-kanak kecil yang terus menderita akibat penyakit seperti selsema, ekzema dan batuk berpanjangan dan makan ubat yang melesukan buat sekian lama. Sekarang ni rata-rata bagitau susah nak cari dealer Agel. Jadi kalau ada antara ANDA yang berminat menjalankan tanggungjawab sosial sebagai penyelamat kepada keadaan kesihatan anak-anak kecil ini, marilah bersama-samaku. Percayalah setiap bulan sekurang-kurangnya aku akan beli 2 kotak untuk buat pek percubaan. Ramai yang suka mencuba dahulu sebelum jadi AHLI. Kalau aku tak buat set percubaan, bagaimana aku dapat tolong orang yang benar-benar ingin mencari penawar semulajadi ini dengan harga yang mampu beli? Mahal sangat kah harga Agel jika hendak dibandingkan nilai senyuman dan keceriaan anak-anak kecil tu. Bukan beli atau makan selalu pun. Biasanya yang cuba, selepas anak mereka sudah sembuh, kurang-kurang lagi 5-6 bulan baru makan semula kerana penyakit tidak lagi datang berulang setiap bulan seperti dahulu. Ada juga yang rasa berterima kasih kerana Alhamdulillah sudah 10 bulan anak mereka sihat sejahtera sejak kali terakhir kena selsema yang panjang dan mengambil Agel.



Baiklah, sehingga bertemu lagi. InsyaAllah nanti nak masukkan gambar Harith yang terbaru dan cerita dia kena Chicken Pox yang teruk 2 bulan lalu. Kini alhamdulillah wajahnya dah 'Hensem' semula. Tiada parut-parut yang nyata.

Saturday, November 21, 2009

Harith dah discharge..

Alhamdulillah, petang Jumaat kelmarin Harith dah discharged dari Wad Kanak-kanak Hospital Pantai. Kadar kenaikan platlet memang banyak, dari 99k pada Hari Khamis kepada 160k pada blood test pagi Jumaat. Min platelet count ialah 150k. Actually after Dr Azam visit Harith petang Khamis tu to officially inform us that platelet Harith dah mula naik, dia kata kitorang boleh discharge petang tu kalau nak, tapi advisable to do one more blood test esoknya to confirm that memang kenaikan platlet tu berterusan dan bukan sementara. So we have decided to stay 1 more night there. Water Drip Harith pun dah dihentikan petang Khamis tu. Memang pagi Jumaat tu kami dah bersiap untuk balik walau result blood test belum keluar. Kitorang risau gak if platelet count dia cuma naik sikit, Harith can still be discharged or not. Kadar kenaikan platelet seseorang memang banyak bergantung kepada tahap imun si pesakit sendiri. Lihat sahaja pengalaman aku dan hubby dulu.

Bila aku baca risalah denggi, tak banyak simptom yang mengesahkan Harith is infected with Dengue sebab dia kelihatan seperti demam biasa yang mungkin hanya nak kena campak.Takde pulak muntah-muntah atau cirit-birit. Tapi yang aku ingat dia banyak kencing. Every 2 hrs pampers memang penuh tak macam biasa. Kencing banyak memang luar biasa. Dia pun takde menangis sangat..merengek sikit-sikit je. Tapi bila teringat iklan di TV, demam jangan dipandang mudah yang akhirnya membawa kami nekad untuk teruskan blood test walau pagi Selasa tu dah kebah demamnya. If tak buat blood test, maybe kitorang akan treat him as a normal and healthy baby sebab sepanjang plateletnya yang rendah, memang suhu demam dah takde. Walhal bila platelet dah rendah ni, yang paling bahaya ialah pendarahan dalaman tanpa disedari. Biasalah budak lelaki, aktif je. Bila platlet dah rendah, darah akan lambat membeku bila ada kecederaan. Di situlah bahayanya. Jadi lepas ni, if anak-anak demam lama dan kuat, aku akan insist on blood test.

Pengalaman ini pasti takkan dapat kulupakan kerana pertama kali anak dimasukkan ke ward kanak- kanak. Mujur platelet count Harith yang paling rendah hanya 78k, tak kurang dari itu sebab Harith baru berusia 8 bulan setengah. Sian dia. Drip water Harith masa mula admitted ialah 30ml per hour, then petang Rabu Dr turunkan kepada 15ml/hr. Syukur dia takde masalah selera makan, so aku dapat kerap bf him. Itu yang Dr turunkan kadar drip air garam tu. Kesempatan aku temankan Harith di ward sekaligus naikkan lagi breastmilk supply dan dapat tambah stok susu. Aku nampak banyak sangat kelebihan menyusukan Harith di sini. Memang mempercepatkan penyembuhan penyakit ini selain supplement Agel dan sokongan moral, kasihsayang dari Papa & Mama. Fasiliti di Hospital juga sangat helpful. Jururawat yang friendly dan pandai melayan kanak-kanak. Memang patutlah mereka ditugaskan di wad kanak-kanak.

Sepanjang berada di ward, Harith tak diberikan antibiotik, sebaliknya Probiotik, sekali sehari. Ubat demam 1x dan tahan gatal pulak 2x sehari. Tapi rasanya ubat ni tak menjadikan Harith terlalu mengantuk sebab biasa dia tidur lepas ambil ubat pun cuma 1 jam. Selebihnya bermain je. Kecuali jika aku tidur bersamanya, hehe.Kalau solat pun, elok aku bagi salam, dia pun dah celik, mencari aku..hehe.Asik nak melekat je ngan Mamanya. Malam terakhir berada di Ward, kitorang sempat mengabadikan kenangan di sana. Harith pun berikan pose yang istimewa lagi kiut..

p/s: Ohya, UMI dah sampai pada hari Jumaat haritu. So, sesiapa yang nak order, boleh email ya.

Di bawah sedikit gambar kenangan Harith di Ward.






Ni masa malam kedua, Rabu malam Khamis. Budak debap ni..masa warded dia makin bulat..





Harith still beri senyuman yang ceria..



Harith lepas bangun tidor petang..masa ni aku baru je solat maghrib..Kejap je dia tidur









Seronok tangan dah takde wayar ..senyum menguntum..Cayang Harith..mmuahh!

Thursday, November 19, 2009

Harith is recovering..

Alhamdulillah.. rekod bacaan kiraan platlet Harith hari ni ialah 99. Masa check up pada Selasa lepas ialah 101. Then test lagi masa nak admit ke Pantai, 91, semalam, turun sikit kepada 78. Today it start increasing. Alhamdulillah. Sepanjang dia admitted, ubat dia makan ialah ubat tahan gatal dan sebelah malam akan diberi ubat demam untuk elakkan dia demam.

Selain tu, semestinya UMI & MIN as his supplement. Hubby pun pinjam dulu stok UMI kat kawan opisnya, 5 pek while tunggu stok kitorang sampai. MIN memang penting sebab dulu masa kitorang kena denggi, Dr pun bagi kitorang makan multivitamin. Penting untuk gantikan zat-zat yang hilang.

Below is gambar Harith dan his beloved sisters..ceria sikit Harith kakak kesayangan datang hiburkan hati..














Yang ni pulak gambar hari ni , Harith sedang main-main dengan UMI..















Now, Harith is sleeping..zzz. So mama pun curi bukak blog. Kat hospital ni dapat free wifi..


Wednesday, November 18, 2009

Afreen kena Chicken Pox dan Harith Kena Denggi

While Harith sedang tidor ni..aku pun ambil kesempatan nak mencoret sedikit pengalaman anak yang demam kebelakangan ni. Petang semalam he was admitted to Hospital Pantai,Bangsar. Hospital ni memang hospital kegemaran kami sejak aku melahirkan anak sulung kat sini. Service memang sangat memuaskan hati. Lagipun, medical cost covered by Company ku.

Cerita bermula begini. Malam, hari Selasa yang lalu, kitorang pergi ziarah sepupu hubby yang nak ke Mekah menunaikan Haji. Kebetulan, sorang anak sedara sepupu ni, tengah kena chicken pox. Actually mak dia sedaya upaya la cuba quarantine anak dia pada tetamu yang hadir. Walau dok jauh di mata, tapi aku pun risau sebab chicken pox ni bawaan angin. Dalam hati tu risau sangat. Si Afreen, actually seminggu sebelum demam sikit-sikit2 bila menjelang malam. Tapi belah siang ok je. Mak mertua pulak asik kata nak demam campak tu, tapi tak keluar-keluar campaknya.Actually dari Selasa tu, sangkaanku stok UMI aku dah habis. So yang ada EXO je lah as to boost immune system.

Petang esoknya, Bibik bgtau Afreen demam agak panas. Kebetulan aku baru je beli thermometer infra red yg check suhu within 1 second. Memang sangat helpful dan tepat. So senangla kami monitor suhu Afreen. Malam tu terus pegi Klinik ambik ubat demam. Aku dok tunggu UMI hari Rabu tu, tapi tak sampai jugak. Malam tu jugak sorang client sms nak jadi member. Then dia nak urgent . If possible nak aku pos Khamis sebab Sabtu dia nak balik Kg. If pos laju Khamis, Jumaat dah sampai. Biasanya if sign up, Agel akan deliver secara percuma dalam 3 hari bekerja dengan courier City Link. Since nak urgent, aku mintak la kos poslaju.Aku biasa akan call dulu sebelum ke HQ, then baru aku tahu that stok UMI habis di Malaysia, huhu. Then since UMI dah habis, Client mintak courierkan EXO dulu. If tak call HQ before datang, penat je datang dengan high expectation n hopes. Dah ler yang order, I can say almost 100% yang nak semua urgent belaka.Kalau tak siapa la nak spend supplement yang agak mahal ni suka-suki je kalau tak bersebab and bukan dek kerana keberkesanannya.

Petang Khamis, Harith pulak mula demam panas. Kebetulan memang aku ada apply cuti for hari Jumaat till Isnin sebab nak habiskan cuti tahunan. Malam tu pergi pulak dapatkan ubat demam for Harith. Dr kat Klinik sebab check jari-jari dan kaki baby takut kena infection HFMD. Dia bagitau sekarang tengah musim. Aku bgtau la aku suspek Harith pun nak kena Chicken Pox.Kebetulan la cuti yang aku apply ni rupanya untuk bagi aku peluang breastfeed Harith sepanjang dia demam. Syukurlah walau aku mula period pertama lepas bersalin hari Khamis tu, susu aku tak terjejas langsung. Malah lagi banyak pulak. Harith pulak kuat kencing sepanjang dia demam tu.Rupanya bagus kencing banyak masa kita demam denggi, Nurse la yg bagtau. Dia kata boleh flush kuman keluar.

Masa Harith demam, dia langsung tak selsema, berkahak or batuk. Aku pulak tak terfikir yang tanda-tanda ni could be Harith sedang kena denggi. Hari Sabtu nampak dia dah banyak berpeluh. Aku pun ada bg dia air kelapa dalam 3 sudu macam tu supaya badan cepat sejuk. Nak bagi lebih dia taknak.Si Afreen pulak, Sabtu tu dah kebah demam. Ahad malam tu baru chicken Pox Afreen keluar. tapi sikit je kat belakang badan dan lengan sedikit. Malam sebelum tido, aku pun ambiklah Exo kat peti ais nak bagi Afreen since aku ingat UMI dah habis. Rupa-rupanya masih ada baki hampir separuh pek UMI dalam tumbler mini tupperware tu. Aku pun bagi sedikit untuk Harith dan selebihnya Afreen habiskan.

Awal pagi, hubby suluh dengan torch light dok belek-belek badan Afreen kot-kot kudis chicken pox dia makin banyak keluar. Tapi hubby bagitau takde dan tanda chicken pox semalam macam dah hilang. Aku macam tak percaya. Pagi tu lepas bibik mandikan Afreen dia pun bagitau takde pun chicken pox naik. So maknanya memang betullah kuman tu dah mati. Syukurlah. Aku risau nanti dia kuar banyak sampai kat dalam mulut dan muka..kesian je nanti.Sebab malam yang Afreen naik chicken pox, kak ipar pun ada, dia la bagitau possibilities tu. Dia cakap nanti kuar kat mulut, nnt dia tak selera makan. Oklah, mungkin ada yang tertanya dari mana aku tau UMI tu boleh bantutkan Chicken Pox punya kuman?

Cerita yang UMI boleh bantutkan chicken pox begini. Masa aku nak sign up upgrade membership Agel kepada executive membership, Salwa,upline aku nak hantarkan produk ke rumah. Masa tu aku belom naik opis, tinggal few days la sebelum habis maternity leave. Then Ahad, yang dia janji nak datang tu cancel sebab anak dia chicken pox. Then esoknya pulak dia bagitau dia bawak jumpa Paed, tapi chicken pox dia dah baik, tunjukkan kat Dr pun dah kecut kudis-kudis chicken pox tu. Rabu tu dia datang bawak satu family. Aku suspen gak sebab takut je nanti jangkit kat anak-anakku. Tapi bila aku tengok sendiri memang dah takde chicken pox tu, tinggal parut je.Memang sebab dia bagi UMI. reason bagi UMI sebab taknak demam melaratlah selain bagi ubat demam.Memang tak menjangkitkan pun kat anak-anakku. Actually orang kata kuman tu jangkit masa chicken pox tu dah kering..so death cell yang terbang tu yang akan jangkit kat orang lain. Tapi seems like perkara tu tak terjadi pun masa tu.

Bagi orang tua-tua pulak, kalau campak, mesti habiskan keluar..chicken pox pun sama. so Mak mertua macam frust pulak chicken pox Afreen terbantut. Dia kata nanti jadi balik. Bila aku tanya Dr , dia just kata could be Afreen ada antibodi tu. Bagi aku, biarlah bantut dan mati virus tu, kenapa nak biarkan budak-budak tu suffer? Lagipun chicken pox tu kan sejenis kuman or virus. Lagipun, dulu member kat ofis, pun Dr ada bagi ubat yang bantutkan chicken pox. So tak salah la kita bantutkan virus tu merebak kan.

Hari Isnin pulak, demam Harith masih on off. Tengahari tu aku pergi pinjam stok UMI dari upline aku. Malam tu kitorang bawak Harith ke Klinik lagi. Then Dr suggest supaya ambik darah. Sebab demam lama. Malam tu Dr bg Harith ubat yang masuk punggung and ubat demam yang kuat sikit. Dia tengok ada tonsil yang besar. So demam dia could be sebab tonsil or denggi or due to both. Then malam tu memang demam dia kebah betul sampai la ke pagi. Pagi Selasa tu, since dah ingat nak buat blood test, pergi jugak buat walau dah tak demam lagi.

Aku pulak, kena kerja hari Selasa tu, sebab ada System Testing. Memang masuk lewat sikitlah pagi tu. Bila waktu rehat, nak pump susu, tetiba baru perasan , tetinggal both valve n membran MEDELA aku. Biasa tertinggal 1, ni dua-dua sekali, memang tak boleh langsung nak pump sebelah. Ada jugak try call member tapi can't manage to get one. Then member ofis suggest suh I balik je ke rumah sekejap. Aku pun memang tak boleh tunggu sampai balik sebab dah bengkak sangat breast ni. Masa drive balik tu terfikir gak apa agaknya hikmah aku kena balik rumah kejap ni. Aku selalu melihat setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Hubby pulak call tanya result blood test dah kuar belum. Aku kata belum terima call adari Klinik. Dia dia call pun lom dapat lagi. Hubbyku pulak haritu kena ke Melaka lepas buat blood test pagi tu. Tu yang dia insist to do the blood test sebab takut anything happens while dia outstation.

Lepas dah pump susu, direct bf and dah makan, aku pun bertolak balik ke ofis. Masa tengah start enjin kereta, hubby pulak call aku, dia kata Dr call, bagitau platlet Harith dropped. Then terus tutup enjin dan masuk balik ke rumah untuk bersiap ke hospital. Aku sebelum tu ke klinik dulu untuk ambik surat refer Dr. Rupanya inilah hikmah aku tertinggal valve n membran medelaku sampai terpaksa balik ke rumah waktu lunch.



Ni gambar Harith masa malam pertama di ward.Masa sampai je di emergency dengan bibik, diorang check Harith tak demam. Tapi aku just tunjuk je surat refer Dr . Sekali lagi dia kena ambik test darah lagi. Sian dia, menjerit-jerit. Kitorang ambik yang single bedded room sebab hubby boleh temankan sama. Lagipun tak nak gangguan budak-budak lain menangis kat sebelah. So boleh make sure Harith tidak terganggu tidurnya.





Malam tu Dr Azam, pae Harith datang check Harith. Dia kata as long Harith tak demam, he is recovering. Dari admitted sampai ke malam Harith tak prescibed with any medicine, kecuali drip air. Cuma sebelum tidur, nurse bagi Harith ubat anti gatal sebab ada minor rash mula kelihatan. Takut dia akan kegatalan. Tapi Dr tak bagi pun any antibiotik for him. He is rely so much on breastmilk so that dia dapat recover cepat. Alhamdulillah takde any complications. Just waiting dia punya platlete count stabil.



Pic taken on wednesday, Harith tengah tido. Dia nak tido kepit je ngan mama dia, taknak tidor di katil sendiri. Hari ni I'm still temankan Harith kat wad.

Friday, October 16, 2009

Aksi-aksi Harith dan kakak-kakak tercinta



Seronok diagah Papanya..


Disamping kakak-kakak tercinta..hehe (sian kak Aina tengah sakit mata..kecik cikit mata kiri tu)


Aksi akrobatik..hehe



Tengah aim basikal kakak, dah tak sabar nak cycling dengan Papa eh..


Wednesday, October 14, 2009

Nursing Gadget






Baru-baru ni aku terjumpa satu nursing gadget. Maybe benda ni dah lama in the market cuma aku je tak perasan sebab dah lama tak shopping babies item secara online. Aku jumpa 'Nursing necklace'. Memang sweet sgt bagi aku. Apa function nursing necklace ni?

Ni ialah serba sedikit benefits of wearing the nursing necklace:

  • a nursing necklace is a soothing play toy for when child is breastfeeding (stop that annoying "twiddling"!, hair pulling, pinching,BITING, etc.)
  • nursing necklaces provide excellent visual and tactile stimulation that furthers cognitive development
  • a nursing necklace can provide FOCUS for distractable nurslings
  • nursing necklaces can be a teaching tool as nursing necklace remains as a personalized keepsake of that special time
  • EXCELLENT "quiet toy" for toddlers, under supervision, while out and about.
Memang menarik, very high quality necklace and handmade. necklace ni brand Mommy Necklaces.

All the Mommy Necklace™ beads are made of high-quality acrylics that are tested for both lead and phthalates. The necklaces are strung on an extra sturdy cording that is guaranteed from breakage and come secured with a break-away safety closure. Mommy Necklaces™ are the real deal and offer a “zero-to-three” guarantee which replaces, repairs, or cleans up any Mommy Necklace™ in need of some TLC for three years from purchase. A small investment with a big reward - function, style, safety, and three-year guarantee! Read more kat http://www.mommynecklaces.com/

Promo ni aku x dpt any share pun, cuma ter 'excited' to share about this gadget. Actually tergerak nak beli 1 sebab Harith memang suka tarik rantaiku ketika dia menyusu. so colorful beads pasti buat dia leka. Lagipul ia selamat. Ni gambar terbaru masa raya haritu bersama uncle dia. Harith yg dah 7mths, dah pandai duduk. Merayau merata dah. Sekarang pantang nampak kerusi mesti nak berdiri. Sekali tu kitorang terkejut tengok dia dah berdiri sambil pegang pintu grill. Melihatkan gelagatnya yang lasak, mak mertua mesti cakap 'Isy isy budak tak makan nasik ni' sebab Harith still fully breastfeed without solid food.



Thursday, August 13, 2009

Ada Hikmah disebaliknya

Bila ditimpa musibah, kita akan redha dan sentiasa berkata, pasti ada hikmah disebaliknya.

Aku masih ingat lagi, awal tahun ini, aku dan suami telah diserang denggi. Masa tu aku hamil 8 bulan anak ke 3 ni. Mulanya suami yang demam, malam tu suhu badan hubby sangat tinggi. Aku ingat lagi masa tu, hari Jumaat malam Sabtu. Sehari sebelum, (New year) hubby ada aktiviti berbasikal. Hari Jumaat hubby cuti.Seingat aku dia pergi cycling kat area semenyih (Broga) menghala ke seremban. Actually petang tu ada sorang kawan dia kemalangan, actually terlanggar sesama sendiri. Tapi hubby tak terlibat. Dia berada jauh dari kumpulan ketika kemalangan tu terjadi. So dia tolong angkat la kawan yang cedera teruk. Memang teruk la, banyak darah sampai patah tulang rusuk, siap kena panggil ambulance.

Then malam tu, bila dia demam, aku ingat dia demam terkejut sebab tengok kawan dia cedera teruk tu. Esoknya lepas makan ubat malam tu, dia kebah. Aku pulak pagi tu ada appointment antenatal check up. Aku pun rasa tak sedap badan. Tapi hubby kata nak ikut sekali walau malam tu dia tak berapa sihat. So kitorang sume pegi la ke Klinik Dr Nora kat Taman Tun. Kat Klinik aku bagitau Dr Nora, badan rasa tak sedap, macam nak demam. So dia pun prescribe kat aku ubat penedine untuk sakit-sakit badan dan demam sekaligus.Balik je dari klinik, badan semakin panas, dan sangat tak bermaya. Hubby pun sama. Dia lagi teruk. Then petang tu kami ke klinik panel pulak, sebab temperature hubby naik lagi. Sampai di Klinik, Dr terus inject hubby sebab suhu terlalu tinggi. Alhamdulillah lepas tu dia kebah. Ubat tu memang kuat, dia bertahan dalam 12 jam. Aku tak ambik ubat, just makan ubat demam yang Dr Nora bagi je. Lagipulak aku tengah hamil, Dr pun tak boleh nak ubat sangat takut memudaratkan kandungan.Dr bagitau, if masih berterusan demam, hari Isnin datang buat blood test. Tapi keesokannya demam berlarutan, ubat aku kena makan setiap 4 jam. Risau juga asyik ambik ubat demam dengan kerap. Tapi aku memang kena kawal suhu agar tak terlalu tinggi. Ini kerana ibuku dulu pernah demam panas akibat beguk dihujung kehamilan dan menyebabkan baby lemas dan hanya bertahan selama 24 jam selepas dilahirkan.

Actually minggu tu mak & pak mentua takde, diorg ikut kakak iparku ke Taiping, pergi hantar anaknya balik ke asrama.Keesokannya hari, hari Ahad kepalaku berat sangat, selera makan langsung takda. Pagi tu hubby macam dah sihat, siap kuar beli nasi lemak n kuih sebab dia rasa lapar pulak. tinggal aku je yang tak berselera.Hanya suap nasi 2 sudu, then aku terus sambung tidur lepas makan ubat. Nasib baik aku ada pembantu, so dia la yang layan anak-anakku dan tolong masakkan makanan untuk diorang. Akhirnya atas nasihat mak, dalam pukul 3 ptg kami ke klinik panel semula untuk mintak surat refer ke hospital. Memandangkan aku pregnant, so aku tak nak tangguh lagi hingga hari Isnin. Dalam pukul 4.30 kami terus gerak ke Hospital Pantai Bangsar. Aku ada panel, so company cover kos medical kami kat hospital ni. Syukur, TQVM to majikanku.

Sampai je kami terus ke emergency unit, and serahkan surat refer tu. Kami terus ditahan untuk buat blood test. Kira dalam 1 hour plus la kami tunggu for the result. Akhirnya memang kami positve denggi. Platlet aku baru turun sikit, bacaan platlet dalam 130k. Normal dalam 145k.Tapi platlet hubby drop lagi banyak, dalam 110k. Aku dapat stay 1 wad berdua dengan hubby. Tinggallah anak-anak di rumah dengan maid aku. Sayu jugak tinggalkan diorang masa ke hospital tu. Petang tu, sebelum maghrib, mak & pak mertuaku dah balik dari Taiping. So malam tu anak-anak tidur bersama dengan nenek diorang. Syukurlah kami tinggal sekali dengan orang tua. Boleh la tengok-tengokkan bila ada kecemasan macam ni.

Kiranya ada 9 harilah kami honeymoon kat hospital tu. Tapi hubby turun ke wad ICU dulu sebab platlet dia drop below 20k pada pagi selasa tu. Aku pulak masuk petang hari Khamis. Alhamdulillah sepanjang berada di sana kami dijaga rapi. Even check, condition aku stabil and organ jugak ok termasuklah bayi dalam kandungan. Sebenarnya pada hari Selasa tu, akan tak demam lagi, sangkaanku hari Rabu aku dah boleh discharge. Tapi hubby je demam masih ada walau selepas makan paracetamol, dan diberi antiviral or antibotik. Sedang aku hanya boleh ambil paracetamol je kerana pregnant.Patutlah badan hubby terus demam, rupanya platlet count semakin merosot dengan mendadak sekali. Aku pun, walau tak demam, tapi platlet count tetap turun walau sedikit. So tak dapat la discharge lagi walau dah rindu dengan anak-anak.

Alhamdulillah kami takde complication. Platlet hubby turun banyak sampai the lowest is 11k. Masa kat wad ICU, mmg nurse tak bagi banyak bergerak sebab takut bleeding. Nak pee ke poo sume kat jamban bergerak yang pasti aku takkan lupa merasa berada di wad ICU tu, hehe.Lucu jugak bila mengenangkan kena pakai pampers. Tapi memang aku tak boleh nak melepas hajat kat dalam pampers tu. Kena la nurse tu usung jamban bergerak tu. Masa tu rasanya satu company tau aku demam denggi kena sekali dengan hubby sebab email spread around nak mintak derma darah utk ganti platlet yang digunakan. Lagipulak aku tengah pregnant masa tu, jadi mengundang simpati. Lagipun denggi memang boleh membawa maut.Aku pun tak ingat berapa beg platlet kena dimasukkan untuk ganti platlet yang hilang. Memang rindu betul dengan anak-anak semasa di hospital. Lagipulak bila masuk ICU, budak-budak tak boleh masuk. So telefon 3G la jadi pengubat rindu.

Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah bagaimana supplement sebenarnya yang jugak membantu aku dan hubby bertahan. Hubby mungkin sebab dia seorang yang aktif bersukan walau dia tak rajin makan supplement. Tapi keadaan hubby lebih teruk dari aku yang pregnant 8 bulan masa tu. Memang sepanjang mengandung aku amalkan supplement yang berbentuk multivitamin, superfood yg kaya dengan antioksida. I wish aku bawak sekali 1 botol jus tu tapi masalah nak sejukkan once opened, yang buatkan aku tak dapat teruskan makan masa di hospital. If dia di pek kecik-kecik macam Agel, alangkah bagusnya, mungkin aku recover lebih cepat. Di hospital pun, since aku pregnant, aku cuma ambil paracetamol & pil gastrik. rasanya paracetamol tu boleh sebabkan gastrik kot. Antibiotik or antiviral memang tak diberi sebab pregnant.Kebetulan kami discharge dari ICU hari yang sama. Aku ingat lagi, hari Sabtu, 10.1.09. Hmm memang kuat betul jodoh..hehe. Actually Dr Rajban Singh beritahu memang biasa lepas 7 hari, platlet akan naik semula, kira 7 hari tu memang tempoh pengeraman virus tu dalam badan. Semasa di wad memang ramai la rakan datang ziarah especially geng-geng basikal hubby. banyak je basikal park kat depan hospital tu..Bil hospital aku mencecah 9k, hubby pulak 11k. Pengsan kalau nak bayar sendiri..huhu.

Ohya, ni antara petua untuk cepat sembuh dari denggi. Makan sup ketam yang tidak ditumis. Minum jus daun buah betik yang mentah, bukan direbus. Aku tau kesilapan bila aku makan sup ketam yang ditumis, platlet tak naik, keep dropping, sebab hari-hari Nurse datang ambik blood test. Hubby pulak sehari 2x buat blood test sebab platlet dia cepat turun. Then air daun betik pun kena yang mentah, bukan yang direbus.

Hikmahnya, hubby almost stop smoking, now jadi social smoker je. Still merokok gak ler sikit-sikit. Dia pun dah rajin take supplement dan dah percaya kebaikan supplement. 2 weeks after discharge, aku jadi kegatalan satu badan. Ada yang kata sebab alah masa pregnant, ada jugak sebab platlet dari luar yang masuk ke badan tu tak serasi dan ada jugak sebab kata penyakit mula keluar. Masa kat hospital, memang aku rasa gatal sangat masa nak baik tu, tapi takde rash, gatal tu kat bawah kulit. Lepas 2 weeks baru rash keluar. Tak taulah maybe sebab ni yang menyebabkan kulit Harith agak sensitif.

Apapun, Harith jadi alergi dan sensitif memang ada hikmahnya. Aku mengenali produk Agel. Dan dengan tak disangka H1N1 pulak mula muncul pada bulan April lalu. At least aku dah standby something yang boleh membantu kami melawan penyakit ini, insya Allah. Ini lah hikmahnya.

Note : Aku kini mula meminati tulisan Mike Adams di www.naturalnews.com . Tulisan beliau memang sangat sebati dengan jiwaku. Tak sangka pulak akhirnya aku jumpa seseorang yang mempunyai fikiran yang sealiran denganku. Yang bestnya, he is very knowledgable about natural remedy.

Antara artikel yang anda harus baca, especially untuk yang hanya percayakan perubatan moden, visit here http://www.naturalnews.com/026851_nutrition_health_cancer.html

*About the author: Mike Adams is a consumer health advocate with a passion for sharing empowering information to help improve personal and planetary health He is a prolific writer and has published thousands of articles, interviews, reports and consumer guides, reaching millions of readers with information that is saving lives and improving personal health around the world. Adams is an honest, independent journalist and accepts no money or commissions on the third-party products he writes about or the companies he promotes. In 2007, Adams launched EcoLEDs, a maker of energy efficient LED lights that greatly reduce CO2 emissions. He also founded an environmentally-friendly online retailer called BetterLifeGoods.com that uses retail profits to help support consumer advocacy programs. He's also a noted pioneer in the email marketing software industry, having been the first to launch an HTML email newsletter technology that has grown to become a standard in the industry. Adams is currently the executive director of the Consumer Wellness Center, a 501(c)3 non-profit, and practices nature photography, Capoeira, Pilates and organic gardening. Known by his callsign, the 'Health Ranger,' Adams posts his missions statements, health statistics and health photos at www.HealthRanger.org

Sunday, June 21, 2009

Aku yang makin slim dan aksi Harith hisap ibujari

Aku pun sebenarnya macam tak caya yang aku cepat betul slim dari berat masa akhir pregnancy 72kg. Percaya atau tidak, aku dah turun 6kg sejak aku amalkan supplement Agel selama 2 bulan dan breastfeeding babyku yang hampir mencecah 4 bulan pada 28/6/09 ini.Beratku sekarang ialah 54.5kg! Setiap pagi aku amalkan EXO sebelum breakfast. Ukuran pinggangku pun sekarang 28inchi, hehehe. Kira oklah. Dulupun sebelum ada anak, saiz pinggangku 26inchi. Dulu nak capai pinggang 28inchi ni, aku kena tunggu atleast 1 tahun lebih.Aku memang tak ambil produk FIT untuk turunkan beratku kerana tak sesuai dengan keadaan ku yang sedang menyusu badan. Aku mmg breastfeeding babyku itu secara exclusive. Walau beratku turun, tapi tak menjejaskan supply susuku. Yang bestnya aku makan seperti biasa,tak diet pun. Menyusu badan mana boleh tahan diet, lapar nanti dan akan kurangkan supply susu.

Masa babyku baru 2 bulan, pada 7/5/09 aku timbang berat babyku ialah 5.7kg. Naik 2.28 kg dari berat semasa lahir. Then pada 9/6/09, berat babyku naik lagi kepada 6.4kg. So naik 700gm dari bulan sebelumnya. Alhamdullillah. Harith semakin sihat & aktif. Masa Harith menjangkau 3 bulan, kami terkejut tengok tiba-tiba Harith dah meniarap. Lepas tu, since last 2 weeks he keeps practising untuk meniarap. Alhamdullillah, 2-3 hari ni akhirnya Harith dah berjaya meniarap dengan cekap. Harith sangat suka hisap ibujari, ini cara dia nak sooth himself. Aku memang suka babyku hisap ibujari rather than hisap puting. Sempat jugak aku tangkap gambar dia yang asyik hisap ibujari sampai nak tertido..so cute! Syukurlah dia dah takde problem breathing macam dulu. Kalau tak, tak bolehla he enjoy sucking his thumb! Dulu banyak sangat lendir/mukur dalam salur nafasnya sampai susah dia nak bernafas.

Aku memang sangat thankful pada Produk Agel that made my life better and happier! Syukur Alhamdulillah kerana rahmatmu Ya Allah. Walau Agel mula ditubuhkan in 2005, dah mencapai rank no 2 in the world in 4 years. Walau tak sematang syarikat MLM yang dah 20 atau 30 tahun in industry, ini tidaklah menjadi ukuran yang produk Agel tak cukup bagus or cannot be trusted. Kalau tak bagus, manakan boleh jadi top 3 MLM company in the world now.Takkanlah kami ni yang berjuta-juta lemon pengguna Agel ni tak tau yang mana permata dan kaca. Aku cukup geram bila ada orang terang-terang kutuk Agel tanpa asas semata-mata nak naikkan bisnes sendiri. Biarlah, rezeki Allah yang tentukan. Tak kenal maka tak cinta, kalau tak guna janganlah nak mengata. Aku tak perlukan orang lain untuk dijadikan pengukur kepada kualiti produk ini. Bagiku, memadai buktinya ku lihat sendiri dari wajah anak-anakku yang ceria dan sihat kini. Agel, produk yang revolusi kerana mencapai JUMLAH JUALAN BULAN PERTAMA PALING BESAR DARI MANA-MANA SYARIKAT MLM YANG ADA DI DUNIA!
Choose success, keep it simple!

Sebelum tutup cerita, let see aksi Harith hisap ibujarinya..hehehe


Masa ni mata bulat lagi..



Mata dah mula kuyu dah..



Mata dah makin stim..Have a wonderful dreams bucuk Mama....

Sunday, June 14, 2009

Lega Dah Cabut Gigi Bongsu

Alhamdulillah, hari Jumaat lalu (12/6) aku telah selamat menjalani minor surgery to remove gigi bongsuku. Sakit bermula pagi hari Khamis. Pagi tu, bila bangun tido, aku rasa sakit kat pipi ni dan ada benjolan hampir seperti saiz telur puyuh. Malam tu memang aku rasa dah sakit sikit kat gusi belakang tu. Walau hari Khamis tu patutnya aku dah ambil cuti, tapi aku tetap ke pejabat sebentar sebab ada meeting penting pagi tu dan tak boleh tangguh ke waktu lain lagi. Nak sorokkan pipi yang dah kembung sebelah, aku tarik tudung ke depan sikit kat pipi kanan ku ni.

Masa datang meeting, badan dah rasa tak sedap, rasa nak demam. Aku tanya rakan pejabat kalau Dentist kat PPUM tu dibuka lepas meeting. Tapi habis meeting pun dah pukul 11pagi, too late nak pergi situ, nak tunggu queue lagi. According to my colleague, dulu dia cabut semua gigi bongsu kat PPUM, masa dia cabut tu pun, dalam keadaan bengkak. Kos surgeri pun tak mahal sangat, bawah RM100 je. Tapi masa tu dia masih ada kad student UM, maybe sebab tu murah sikit. Tapi dalam bulan April lalu, a week sebelum aku balik dari berpantang, masa gigi bongsuku bengkak pertama kali, bila aku pergi private dentist, Dr tu just bagi antibiotik dan pain killer to reduce the swollen. Masa tu, according to the dentist, aku kena tunggu bengkak reda baru boleh buat surgeri. Mungkin masa tu bengkaknya agak kuat. Padahal masa tu cepat juga aku berjumpa dentist.

Memikirkan yang kalau aku berjumpa Dentist pun Dr hanya akan bagi aku pain killer and antibiotic, so aku pergi ke klinik panel yang satu building dengan office je dulu. Sebab lepas meeting tu aku nak singgah gi shopping sat. Memang sat je pun pi shopping sebab badan dah tak sedap, dan aku dah pesan kat bibik nak balik awal nak bf baby. So susu untuk pukul 4 aku tak tinggalkan. Masa kat klinik panel, the Dr mentioned not advisable to take pain killer sebab aku breastfeed baby, lagipulak baby baru 3 bulan. Kecuali aku dah tak tahan sangat sakitnya. So aku cuma makan pil tahan bengkak je.

Malam tu aku demam panas, gara-gara bengkak gigi ni la yang makin menjadi. Aku pun makan Agel Exo & UMI. Tapi bukan sekaligus, selang 2 jam mcm tu. Alhamdulillah dalam kira-kira pukul 3 pagi, panas badan dah kebah. Aku dah berpeluh2. Sebab timer aircond pun dah off. Aku terus on balik aircond sebab dah kepanasan, huhu.

Pagitu aku terus ambik MC even dah tak demam. Tapi bengkak di pipi masih kelihatan. Oleh kerana dek melayan kerenah anak-anak, lepas Jumaat baru aku ke Dentist to check condition bengkak tu. Of course la sakit gigi, mesti jumpa Dentist juga. Masa pergi tu, aku tak fikir akan buat surgery petang tu jugak, aku ingat nak suruh Dr tengokkan je. Yang anakku berdua tu pulak nak ikut, aku pun angkut la mereka berdua. Diorg pun pernah ke sana dan selesa di sana. Bagi peluang si Harith tidur lena & lama sikit sebab kakak pengacau dan kecoh ni dah keluar,hehe.

Agaknya memang petang tu dah takdirku untuk remove gigi tu. Elok aku sampai Dr tengah free, takde patient. Aku pergi ke Klinik Aesthetic Dental Surgery . Kira dia buat segala macam treatment nak cantikkan gigi. Kira specialist la. Sebab ni soal gigi bongsu, aku ni memang la penakut cabut gigi. Lagipulak dengar macam cerita-cerita yang tak tentu sahihnya pasal cabut gigi bongsu ni. Buatkan aku pilih bukan sebarang Dr la nak extract gigi bongsuku ni.

Rupa-rupanya, taklah ngeri sangat nak cabut gigi bongsu ni walaupun aku kena lalui minor surgeri. Tak semua case cabut gigi bongsu ni kena wat surgeri, tengok macammana gigi tu keluar. Masa tu, Dentist aku cakap condition bengkak aku tu masih ok lagi, kira kalau nak cabut masa tu sesuaii la gitu. Walau dia tengok mcm ok, tapi aku rasa tak tertanggung lagi sakit ni. Dr bagi aku option, nak tunggu dulu bengkak reda, then datang balik, or buat sekarang. Akhirnya aku decide, buat masa tu jugak sebab dah alang-alang sakit, biar sekali. Nanti dah baik bengkak, nak cabut pulak, dah dua kali sakit. Tak kuasa lagi aku nak tanggung.

Dentist tu pun terus la wat x-ray kat area gigi bongsu aku tu. Sementara tu, anak-anakku sibuk bermain kat ruang tamu. Masa tu yang ada hanyalah Dentist, Nurse, aku dan anak-anakku kat klinik tu. Oleh kerana tu Klinik Private, so pintu dia lock. So, aku tak bimbang la anak-anakku bermain kat ruang tu. Yang kelakar, masa Dr tengah jahit gusi, masa tu lah anak sulungku nak gi toilet. Dia dah toilet trained, tapi umur baru nak masuk 4 tahun, so tak pandai pergi toilet sendiri. Yelah, bukan kat rumah, bukan biasa toilet klinik tu. Bertalu-talu jerit panggil-panggil aku "Mama,nak kencing!" .Terpaksala aku mintak tolong nurse bawakkan anakku tu ke toilet.

Masa Dr nak mulakan operation..suspen je rasa. Apa-apa hal dia bius dulu. Nak kurangkan rasa gabra, aku cuma set kat kepala yang sakit bersalin lagi sakit dari sakit gigi. Kalau boleh lalui bersalin normal 3 orang anak, takkan la cabut gigi tak boleh? So masa tu aku pegang statement ni la untuk kuatkan semangat aku. Syukurlah, dalam 20mins macamtu akhirnya gigi bongsuku berjaya dikeluarkan..huhu. Now tinggal nak menjahit je. Aku rasa, banyak gak la jahitannya. Tapi dah kebas pun gusi tu..layan je la nganga..letih gak nganga lama-lama..huhuhu

Jadi selamatlah pembedahan gigi bongsu petang tu, alhamdulillah. Lepas je dah buang, terus surut mendadak bengkak kat tepi pipi tu. Masa tu baru rasa yang aku dah buat good decision. Aku ingat nak pergi ke PPUM la next Monday tu sebab nak wat surgeri kat situ je, murah banyak dari Private. Tapi tulah, hassle tu yang malas aku nak lalui, dengan sakit gigi, nak queue, nak set appointment. Kalau aku hold lagi, entah2 makin bengkak ler pipi aku tu. Yang worse nya, boleh bawa kepada perkara-perkara yang tak diingini. Actually Mak aku ada ceritakan yang dulu, ada seorang teman pejabatnya mengalami sakit gigi bongsu ni la..beliau selalu sakit tapi pendamkan je. Malangnya sakit tu akhirnya menjadi BARAH GUSI. Dentist detect masa nak buang gigi bongsu tu, tapi dah terlewat, orang kata makan dalam. Kini teman mak ku itu dah kembali kerahmatullah. Masih muda dan meninggalkan anak yang masih bayi ketika tu..sedih sungguh..

Ohya, oleh kerana aku masih breastfeeding, jadi aku sangat tak digalakkan ambil pil pain killer. So aku pun tak ambik ler, cuma makan antibiotik. Lagipun memang tak sakit sangat pun lepas wat surgeri tu. Aku makan EXO je nak legakan rasa sengal-sengal tu. Tapi bila makan antibiotik, poo baby aku jadi kaler hijau. Lain-lain aku tengok baby aku ok je. Susu aku pun tak pulak kurang. Yang best, esoknya aku dah boleh makan macam biasa. Cuma kunyah belah kiri je la. Sakit lagi semasa gigi bongsu tu ada. Hari bedah gigi tu, aku cuma makan bubur nasi.

Jadi kesimpulan ku, jangan biarkan bengkak gigi tu berterusan. Bila dah mula bengkak, cepat-cepatlah buang. Actually gigi ni dah bengkak sekali masa hujung April, lepas aku habis pantang. Tak sangka datang balik bengkaknya bulan ni, so aku rasa ini tanda yang tak baik untuk aku biarkan gigi ni. So far, gigi-gigi bongsuku yang lain dah tak aktif dan tak bengkak, tiga-tiga penjuru tu sume gigi bongsuku dah timbul, hopefully dok je la diam-diam, ye. huhu.

Sekian..TQ for reading.. : )

Monday, April 27, 2009

Kulit babyku sensitif

Baby ke-3 aku ni, cerah bangat kulitnya. sayang sekali kulitnya agak sensitif, masa baru lahir tu, ku lihat kulitnya ada rough rashes and kemerahan kat kulit muka & kepala. Aku dah tanyakan Dr Azam, Paed kat Pantai Hospital tu tapi dia kata cuma normal, cuma dia ada kulit sensitif. Aku ingatkan adalah ubat yg boleh disapu, tapi dia tak prescribe any medication pun. maybe too early to apply any cream yg mostnya drugs to newborn baby.

Aku ni heran sbb anak2 aku yg 2 org tu kulitnya cantik licin je..tetiba yg no 3 ni jadi mcm ni. Masa ni mula nak check balik apa yg aku makan sepanjang mengandung yg no 3 ni dulu.bukan setakat kulit je kemerahan, tapi ada problem in breathing gak. As if ada mucus stuck kat his throat.

Bila bilik tu sejuk sikit mula la hidung baby aku ni nak tersumbat. Masa 1st nite kat hospital with baby mmg aku agak terganggu gak la sbb kesian tgk baby susah nak breath.padahal suhu dah letak at 25degree.sejak tu, mula la aku berfikir apa la penawar masalah anak aku sorang ni.
Aku tau penyakit kulit sensitif ni, so far takde penawar, cuma ada pelega sahaja. kalau sapu cream, ok, then kena pantang makan itu ini. Bukan takat tu, anak aku ada tanda sinus, jika dibiarkan boleh jadi asma lak nnt.Tapi alhamdulillah finally aku jumpa something yang mampu menjadi penawarnya...iaitu Agel..Apa tu Agel? nnt aku cerita in next posting