Find Topic here eg.: Batuk

Showing posts with label Kebaikan Supplement. Show all posts
Showing posts with label Kebaikan Supplement. Show all posts

Thursday, December 10, 2009

Penting ke Supplement Untuk Penyusuan Baby?

Now it seems menjadi isu hangat akhir-akhir ini tentang pentingnya makanan tambahan dalam kehidupan hari ini, tak kiralah di mana-mana forum pun kerana MLM company tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Sebenarnya bagi ibu-ibu yang benar-benar berhasrat untuk menyusukan bayi mereka sepenuhnya, tiada bergantung langsung dengan formula Milk (FM), mereka haruslah mengamalkan pemakanan yang sihat semasa mengandung lagi. Manakala untuk mendapat anak yang sihat, (dengan izin Allah), disarankan amalkan pemakanan sihat sejak sebelum mengandung lagi. Dr juga akan menyarankan pelbagai vitamin yang berkaitan ketika si ibu membuat pemeriksaan kesihatan. Fungsi vitamin sebenarnya memastikan fungsi organ-organ si ibu berjalan lancar, mengelakkan komplikasi semasa mengandung dan untuk membentuk darah daging, anggota badan dan akal yang cerdas si bayi yang dikandungkan dengan sempurna.

Malangnya dengan keadaan zaman ini yang banyak makanan segera dan bahan pengawet yang tinggi, cara masakan yang mengurangkan zat dan tanaman tak organik, agak sukar untuk kita menikmati khasiat yang cukup dari pemakanan harian kita. Zat yang diperlukan oleh badan untuk memperoleh kesihatan optimum tak boleh didapati dari rutin pemakanan harian kita. Maka disinilah makanan tambahan diperlukan dan memainkan peranan. Ia boleh diambil bila-bila perlu, untuk menambah mana yang kurang dan bergantung kepada keserasian tubuh seseorang itu.Semestinya air bersih yang bebas logam berat dan sisa-sisa organik yang boleh membahayakan kesihatan adalah sangat penting untuk membawa zat-zat tersebut ke seluruh anggota tubuh manusia.

Berbalik kepada soal menyusu, saya ingin quote statement tentang fakta penyusuan yang disebut oleh seorang forumer

"A woman’s body stores fat during pregnancy to help make milk during breastfeeding.

-she makes milk partly from these stores and partly from the food that she eats.


A MOTHER NEEDS TO BE IN A STATE OF SEVERE MALNUTRITION FOR HER BREASTMILK PRODUCTION TO DECRESE SIGNIFICANTLY


-If there is a shortage of food, she first uses her own body stores to makes milk
- Her milk may be REDUCED IN QUANTITY and slightly LOWER IN FAT AND SOME VITAMINS compared to that of a well-nourished mother. But it is still GOOD QUALITY

Poor food choices or missing a meal does not reduce milk production"

Di sini dijelaskan, susu takkan berkurang pun kualitinya kerana sebahagian khasiat akan diambil dahulu dari ibunya yang telah mengumpul zat yang banyak ketika mengandung dan sebahagian dari apa yang si ibu makan hari tersebut. Tetapi jika si ibu tidak amalkan pengambilan nutrisi yang cukup, pasti si ibu pula yang saban hari akan ketandusan zat kerana banyak yang disumbangkan untuk si baby..itulah pengorbanan si ibu. Jadi susu ibu tiada tandingannya. Ini kerana, ciri-ciri sesuatu pemakanan itu bergantung kepada bioavailibilitynya. Susu ibu adalah yang paling bioavailable untuk si baby. Lemak-lemak dan zat-zat mudah dihadam dan baik untuk tumbesaran si baby. Itulah sebabnya baby yang menyusu ibu sepenuhnya sangat cergas. Kerana susu tersebut cepat ditukar kepada tenaga. Memang tak dinafikan bayi yang disusui ibu sepenuhnya agak sukar nak tidur lama. Tenaga baby itu tidak dihabiskan untuk menghadam susu  yang diberikan (tidak keletihan), sebaliknya tenaga baby hanya digunakan sedikit untuk mendapatkan tenaga baru dari susu ibu itu . Ini dapat dikaitkan kenapa kita berasa letih dan mengantuk selepas mengambil makanan yang berat. Ini kerana untuk mendapatkan tenaga dari makanan tersebut, kita terpaksa pula menggunakan banyak tenaga untuk penghadaman. Sebaliknya ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan kurang keletihan kerana cukup tenaga untuk membuat kerja lebih di dalam tubuh seperti penghadaman.

" Her milk may be REDUCED IN QUANTITY and slightly LOWER IN FAT AND SOME VITAMINS compared to that of a well-nourished mother. But it is still GOOD QUALITY'


Maksud ayat ini, Jika berlaku keadaan yang mana si ibu kekurangan nutrisi, Susu si ibu tersebut mungkin akan berkurangan dari segi kuantiti, sedikit rendah lemak dan sesetengah vitamin, berbanding ibu-ibu yang cukup pengambilan nutrisinya. Tetapi, susu ibu tetap masih berkualiti.

Dari apa yang aku fahami, susu ibu itu sendiri ada perbandingannya jika dihasilkan oleh ibu yang cukup pengambilan vitaminnya. Jadi aku berpendapat, apalah salahnya kita mengambil makanan tambahan jika ada sedikit kemampuan untuk memperkaya khasiat susu ibu itu sendiri. Inilah uniknya susu ibu, Si ibu boleh menentukan ramuan susunya hasil daripada apa yang si ibu makan atau ambil dalam pemakanannya. Kesan pengurangan zat si ibu mungkin sukar untuk kita bandingkan sekarang, tetapi biasanya bila kita buat gathering dengan rakan-rakan sekolah, masa itu kita dapat lihat siapa yang masih maintain dan siapa yang nampak jauh lebih tua dari usia sebenar.

Kerana percaya bahawa zat yang mencukupi akan menjadikan bayi-bayi itu lebih sihat dan cerdik, syarikat FM bertungkus lumus mengkaji vitamin tambahan untuk FM baby. Malangnya soal laktose susu lembu itu sukar dihadam oleh perut baby yang masih kecil dan belum tentu zat-zat yang dibekalkan dlm FM dapat diterima dengan sempurna oleh perut si baby, maka Susu Ibu masih terbaik. Selain itu susu lembu itu mugkin mendatangkan allergi kepada baby. Walau ada kemungkinan khasiat susu ibu kurang ke (Wallauhua'alam), tetapi jika zat yang kecil dan sedikit itu memadai untuk dihadam dan diubah menjadi sesuatu yang sangat berguna untuk pertumbuhan tubuh bayi, Susu ibu tetap lebih baik.

Apa yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu adalah dari diri sendiri yang tidak sempurna. Hanya Allah yang Maha Sempurna.

Thursday, August 13, 2009

Ada Hikmah disebaliknya

Bila ditimpa musibah, kita akan redha dan sentiasa berkata, pasti ada hikmah disebaliknya.

Aku masih ingat lagi, awal tahun ini, aku dan suami telah diserang denggi. Masa tu aku hamil 8 bulan anak ke 3 ni. Mulanya suami yang demam, malam tu suhu badan hubby sangat tinggi. Aku ingat lagi masa tu, hari Jumaat malam Sabtu. Sehari sebelum, (New year) hubby ada aktiviti berbasikal. Hari Jumaat hubby cuti.Seingat aku dia pergi cycling kat area semenyih (Broga) menghala ke seremban. Actually petang tu ada sorang kawan dia kemalangan, actually terlanggar sesama sendiri. Tapi hubby tak terlibat. Dia berada jauh dari kumpulan ketika kemalangan tu terjadi. So dia tolong angkat la kawan yang cedera teruk. Memang teruk la, banyak darah sampai patah tulang rusuk, siap kena panggil ambulance.

Then malam tu, bila dia demam, aku ingat dia demam terkejut sebab tengok kawan dia cedera teruk tu. Esoknya lepas makan ubat malam tu, dia kebah. Aku pulak pagi tu ada appointment antenatal check up. Aku pun rasa tak sedap badan. Tapi hubby kata nak ikut sekali walau malam tu dia tak berapa sihat. So kitorang sume pegi la ke Klinik Dr Nora kat Taman Tun. Kat Klinik aku bagitau Dr Nora, badan rasa tak sedap, macam nak demam. So dia pun prescribe kat aku ubat penedine untuk sakit-sakit badan dan demam sekaligus.Balik je dari klinik, badan semakin panas, dan sangat tak bermaya. Hubby pun sama. Dia lagi teruk. Then petang tu kami ke klinik panel pulak, sebab temperature hubby naik lagi. Sampai di Klinik, Dr terus inject hubby sebab suhu terlalu tinggi. Alhamdulillah lepas tu dia kebah. Ubat tu memang kuat, dia bertahan dalam 12 jam. Aku tak ambik ubat, just makan ubat demam yang Dr Nora bagi je. Lagipulak aku tengah hamil, Dr pun tak boleh nak ubat sangat takut memudaratkan kandungan.Dr bagitau, if masih berterusan demam, hari Isnin datang buat blood test. Tapi keesokannya demam berlarutan, ubat aku kena makan setiap 4 jam. Risau juga asyik ambik ubat demam dengan kerap. Tapi aku memang kena kawal suhu agar tak terlalu tinggi. Ini kerana ibuku dulu pernah demam panas akibat beguk dihujung kehamilan dan menyebabkan baby lemas dan hanya bertahan selama 24 jam selepas dilahirkan.

Actually minggu tu mak & pak mentua takde, diorg ikut kakak iparku ke Taiping, pergi hantar anaknya balik ke asrama.Keesokannya hari, hari Ahad kepalaku berat sangat, selera makan langsung takda. Pagi tu hubby macam dah sihat, siap kuar beli nasi lemak n kuih sebab dia rasa lapar pulak. tinggal aku je yang tak berselera.Hanya suap nasi 2 sudu, then aku terus sambung tidur lepas makan ubat. Nasib baik aku ada pembantu, so dia la yang layan anak-anakku dan tolong masakkan makanan untuk diorang. Akhirnya atas nasihat mak, dalam pukul 3 ptg kami ke klinik panel semula untuk mintak surat refer ke hospital. Memandangkan aku pregnant, so aku tak nak tangguh lagi hingga hari Isnin. Dalam pukul 4.30 kami terus gerak ke Hospital Pantai Bangsar. Aku ada panel, so company cover kos medical kami kat hospital ni. Syukur, TQVM to majikanku.

Sampai je kami terus ke emergency unit, and serahkan surat refer tu. Kami terus ditahan untuk buat blood test. Kira dalam 1 hour plus la kami tunggu for the result. Akhirnya memang kami positve denggi. Platlet aku baru turun sikit, bacaan platlet dalam 130k. Normal dalam 145k.Tapi platlet hubby drop lagi banyak, dalam 110k. Aku dapat stay 1 wad berdua dengan hubby. Tinggallah anak-anak di rumah dengan maid aku. Sayu jugak tinggalkan diorang masa ke hospital tu. Petang tu, sebelum maghrib, mak & pak mertuaku dah balik dari Taiping. So malam tu anak-anak tidur bersama dengan nenek diorang. Syukurlah kami tinggal sekali dengan orang tua. Boleh la tengok-tengokkan bila ada kecemasan macam ni.

Kiranya ada 9 harilah kami honeymoon kat hospital tu. Tapi hubby turun ke wad ICU dulu sebab platlet dia drop below 20k pada pagi selasa tu. Aku pulak masuk petang hari Khamis. Alhamdulillah sepanjang berada di sana kami dijaga rapi. Even check, condition aku stabil and organ jugak ok termasuklah bayi dalam kandungan. Sebenarnya pada hari Selasa tu, akan tak demam lagi, sangkaanku hari Rabu aku dah boleh discharge. Tapi hubby je demam masih ada walau selepas makan paracetamol, dan diberi antiviral or antibotik. Sedang aku hanya boleh ambil paracetamol je kerana pregnant.Patutlah badan hubby terus demam, rupanya platlet count semakin merosot dengan mendadak sekali. Aku pun, walau tak demam, tapi platlet count tetap turun walau sedikit. So tak dapat la discharge lagi walau dah rindu dengan anak-anak.

Alhamdulillah kami takde complication. Platlet hubby turun banyak sampai the lowest is 11k. Masa kat wad ICU, mmg nurse tak bagi banyak bergerak sebab takut bleeding. Nak pee ke poo sume kat jamban bergerak yang pasti aku takkan lupa merasa berada di wad ICU tu, hehe.Lucu jugak bila mengenangkan kena pakai pampers. Tapi memang aku tak boleh nak melepas hajat kat dalam pampers tu. Kena la nurse tu usung jamban bergerak tu. Masa tu rasanya satu company tau aku demam denggi kena sekali dengan hubby sebab email spread around nak mintak derma darah utk ganti platlet yang digunakan. Lagipulak aku tengah pregnant masa tu, jadi mengundang simpati. Lagipun denggi memang boleh membawa maut.Aku pun tak ingat berapa beg platlet kena dimasukkan untuk ganti platlet yang hilang. Memang rindu betul dengan anak-anak semasa di hospital. Lagipulak bila masuk ICU, budak-budak tak boleh masuk. So telefon 3G la jadi pengubat rindu.

Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah bagaimana supplement sebenarnya yang jugak membantu aku dan hubby bertahan. Hubby mungkin sebab dia seorang yang aktif bersukan walau dia tak rajin makan supplement. Tapi keadaan hubby lebih teruk dari aku yang pregnant 8 bulan masa tu. Memang sepanjang mengandung aku amalkan supplement yang berbentuk multivitamin, superfood yg kaya dengan antioksida. I wish aku bawak sekali 1 botol jus tu tapi masalah nak sejukkan once opened, yang buatkan aku tak dapat teruskan makan masa di hospital. If dia di pek kecik-kecik macam Agel, alangkah bagusnya, mungkin aku recover lebih cepat. Di hospital pun, since aku pregnant, aku cuma ambil paracetamol & pil gastrik. rasanya paracetamol tu boleh sebabkan gastrik kot. Antibiotik or antiviral memang tak diberi sebab pregnant.Kebetulan kami discharge dari ICU hari yang sama. Aku ingat lagi, hari Sabtu, 10.1.09. Hmm memang kuat betul jodoh..hehe. Actually Dr Rajban Singh beritahu memang biasa lepas 7 hari, platlet akan naik semula, kira 7 hari tu memang tempoh pengeraman virus tu dalam badan. Semasa di wad memang ramai la rakan datang ziarah especially geng-geng basikal hubby. banyak je basikal park kat depan hospital tu..Bil hospital aku mencecah 9k, hubby pulak 11k. Pengsan kalau nak bayar sendiri..huhu.

Ohya, ni antara petua untuk cepat sembuh dari denggi. Makan sup ketam yang tidak ditumis. Minum jus daun buah betik yang mentah, bukan direbus. Aku tau kesilapan bila aku makan sup ketam yang ditumis, platlet tak naik, keep dropping, sebab hari-hari Nurse datang ambik blood test. Hubby pulak sehari 2x buat blood test sebab platlet dia cepat turun. Then air daun betik pun kena yang mentah, bukan yang direbus.

Hikmahnya, hubby almost stop smoking, now jadi social smoker je. Still merokok gak ler sikit-sikit. Dia pun dah rajin take supplement dan dah percaya kebaikan supplement. 2 weeks after discharge, aku jadi kegatalan satu badan. Ada yang kata sebab alah masa pregnant, ada jugak sebab platlet dari luar yang masuk ke badan tu tak serasi dan ada jugak sebab kata penyakit mula keluar. Masa kat hospital, memang aku rasa gatal sangat masa nak baik tu, tapi takde rash, gatal tu kat bawah kulit. Lepas 2 weeks baru rash keluar. Tak taulah maybe sebab ni yang menyebabkan kulit Harith agak sensitif.

Apapun, Harith jadi alergi dan sensitif memang ada hikmahnya. Aku mengenali produk Agel. Dan dengan tak disangka H1N1 pulak mula muncul pada bulan April lalu. At least aku dah standby something yang boleh membantu kami melawan penyakit ini, insya Allah. Ini lah hikmahnya.

Note : Aku kini mula meminati tulisan Mike Adams di www.naturalnews.com . Tulisan beliau memang sangat sebati dengan jiwaku. Tak sangka pulak akhirnya aku jumpa seseorang yang mempunyai fikiran yang sealiran denganku. Yang bestnya, he is very knowledgable about natural remedy.

Antara artikel yang anda harus baca, especially untuk yang hanya percayakan perubatan moden, visit here http://www.naturalnews.com/026851_nutrition_health_cancer.html

*About the author: Mike Adams is a consumer health advocate with a passion for sharing empowering information to help improve personal and planetary health He is a prolific writer and has published thousands of articles, interviews, reports and consumer guides, reaching millions of readers with information that is saving lives and improving personal health around the world. Adams is an honest, independent journalist and accepts no money or commissions on the third-party products he writes about or the companies he promotes. In 2007, Adams launched EcoLEDs, a maker of energy efficient LED lights that greatly reduce CO2 emissions. He also founded an environmentally-friendly online retailer called BetterLifeGoods.com that uses retail profits to help support consumer advocacy programs. He's also a noted pioneer in the email marketing software industry, having been the first to launch an HTML email newsletter technology that has grown to become a standard in the industry. Adams is currently the executive director of the Consumer Wellness Center, a 501(c)3 non-profit, and practices nature photography, Capoeira, Pilates and organic gardening. Known by his callsign, the 'Health Ranger,' Adams posts his missions statements, health statistics and health photos at www.HealthRanger.org