While Harith sedang tidor ni..aku pun ambil kesempatan nak mencoret sedikit pengalaman anak yang demam kebelakangan ni. Petang semalam he was admitted to Hospital Pantai,Bangsar. Hospital ni memang hospital kegemaran kami sejak aku melahirkan anak sulung kat sini. Service memang sangat memuaskan hati. Lagipun, medical cost covered by Company ku.
Cerita bermula begini. Malam, hari Selasa yang lalu, kitorang pergi ziarah sepupu hubby yang nak ke Mekah menunaikan Haji. Kebetulan, sorang anak sedara sepupu ni, tengah kena chicken pox. Actually mak dia sedaya upaya la cuba quarantine anak dia pada tetamu yang hadir. Walau dok jauh di mata, tapi aku pun risau sebab chicken pox ni bawaan angin. Dalam hati tu risau sangat. Si Afreen, actually seminggu sebelum demam sikit-sikit2 bila menjelang malam. Tapi belah siang ok je. Mak mertua pulak asik kata nak demam campak tu, tapi tak keluar-keluar campaknya.Actually dari Selasa tu, sangkaanku stok UMI aku dah habis. So yang ada EXO je lah as to boost immune system.
Petang esoknya, Bibik bgtau Afreen demam agak panas. Kebetulan aku baru je beli thermometer infra red yg check suhu within 1 second. Memang sangat helpful dan tepat. So senangla kami monitor suhu Afreen. Malam tu terus pegi Klinik ambik ubat demam. Aku dok tunggu UMI hari Rabu tu, tapi tak sampai jugak. Malam tu jugak sorang client sms nak jadi member. Then dia nak urgent . If possible nak aku pos Khamis sebab Sabtu dia nak balik Kg. If pos laju Khamis, Jumaat dah sampai. Biasanya if sign up, Agel akan deliver secara percuma dalam 3 hari bekerja dengan courier City Link. Since nak urgent, aku mintak la kos poslaju.Aku biasa akan call dulu sebelum ke HQ, then baru aku tahu that stok UMI habis di Malaysia, huhu. Then since UMI dah habis, Client mintak courierkan EXO dulu. If tak call HQ before datang, penat je datang dengan high expectation n hopes. Dah ler yang order, I can say almost 100% yang nak semua urgent belaka.Kalau tak siapa la nak spend supplement yang agak mahal ni suka-suki je kalau tak bersebab and bukan dek kerana keberkesanannya.
Petang Khamis, Harith pulak mula demam panas. Kebetulan memang aku ada apply cuti for hari Jumaat till Isnin sebab nak habiskan cuti tahunan. Malam tu pergi pulak dapatkan ubat demam for Harith. Dr kat Klinik sebab check jari-jari dan kaki baby takut kena infection HFMD. Dia bagitau sekarang tengah musim. Aku bgtau la aku suspek Harith pun nak kena Chicken Pox.Kebetulan la cuti yang aku apply ni rupanya untuk bagi aku peluang breastfeed Harith sepanjang dia demam. Syukurlah walau aku mula period pertama lepas bersalin hari Khamis tu, susu aku tak terjejas langsung. Malah lagi banyak pulak. Harith pulak kuat kencing sepanjang dia demam tu.Rupanya bagus kencing banyak masa kita demam denggi, Nurse la yg bagtau. Dia kata boleh flush kuman keluar.
Masa Harith demam, dia langsung tak selsema, berkahak or batuk. Aku pulak tak terfikir yang tanda-tanda ni could be Harith sedang kena denggi. Hari Sabtu nampak dia dah banyak berpeluh. Aku pun ada bg dia air kelapa dalam 3 sudu macam tu supaya badan cepat sejuk. Nak bagi lebih dia taknak.Si Afreen pulak, Sabtu tu dah kebah demam. Ahad malam tu baru chicken Pox Afreen keluar. tapi sikit je kat belakang badan dan lengan sedikit. Malam sebelum tido, aku pun ambiklah Exo kat peti ais nak bagi Afreen since aku ingat UMI dah habis. Rupa-rupanya masih ada baki hampir separuh pek UMI dalam tumbler mini tupperware tu. Aku pun bagi sedikit untuk Harith dan selebihnya Afreen habiskan.
Awal pagi, hubby suluh dengan torch light dok belek-belek badan Afreen kot-kot kudis chicken pox dia makin banyak keluar. Tapi hubby bagitau takde dan tanda chicken pox semalam macam dah hilang. Aku macam tak percaya. Pagi tu lepas bibik mandikan Afreen dia pun bagitau takde pun chicken pox naik. So maknanya memang betullah kuman tu dah mati. Syukurlah. Aku risau nanti dia kuar banyak sampai kat dalam mulut dan muka..kesian je nanti.Sebab malam yang Afreen naik chicken pox, kak ipar pun ada, dia la bagitau possibilities tu. Dia cakap nanti kuar kat mulut, nnt dia tak selera makan. Oklah, mungkin ada yang tertanya dari mana aku tau UMI tu boleh bantutkan Chicken Pox punya kuman?
Cerita yang UMI boleh bantutkan chicken pox begini. Masa aku nak sign up upgrade membership Agel kepada executive membership, Salwa,upline aku nak hantarkan produk ke rumah. Masa tu aku belom naik opis, tinggal few days la sebelum habis maternity leave. Then Ahad, yang dia janji nak datang tu cancel sebab anak dia chicken pox. Then esoknya pulak dia bagitau dia bawak jumpa Paed, tapi chicken pox dia dah baik, tunjukkan kat Dr pun dah kecut kudis-kudis chicken pox tu. Rabu tu dia datang bawak satu family. Aku suspen gak sebab takut je nanti jangkit kat anak-anakku. Tapi bila aku tengok sendiri memang dah takde chicken pox tu, tinggal parut je.Memang sebab dia bagi UMI. reason bagi UMI sebab taknak demam melaratlah selain bagi ubat demam.Memang tak menjangkitkan pun kat anak-anakku. Actually orang kata kuman tu jangkit masa chicken pox tu dah kering..so death cell yang terbang tu yang akan jangkit kat orang lain. Tapi seems like perkara tu tak terjadi pun masa tu.
Bagi orang tua-tua pulak, kalau campak, mesti habiskan keluar..chicken pox pun sama. so Mak mertua macam frust pulak chicken pox Afreen terbantut. Dia kata nanti jadi balik. Bila aku tanya Dr , dia just kata could be Afreen ada antibodi tu. Bagi aku, biarlah bantut dan mati virus tu, kenapa nak biarkan budak-budak tu suffer? Lagipun chicken pox tu kan sejenis kuman or virus. Lagipun, dulu member kat ofis, pun Dr ada bagi ubat yang bantutkan chicken pox. So tak salah la kita bantutkan virus tu merebak kan.
Hari Isnin pulak, demam Harith masih on off. Tengahari tu aku pergi pinjam stok UMI dari upline aku. Malam tu kitorang bawak Harith ke Klinik lagi. Then Dr suggest supaya ambik darah. Sebab demam lama. Malam tu Dr bg Harith ubat yang masuk punggung and ubat demam yang kuat sikit. Dia tengok ada tonsil yang besar. So demam dia could be sebab tonsil or denggi or due to both. Then malam tu memang demam dia kebah betul sampai la ke pagi. Pagi Selasa tu, since dah ingat nak buat blood test, pergi jugak buat walau dah tak demam lagi.
Aku pulak, kena kerja hari Selasa tu, sebab ada System Testing. Memang masuk lewat sikitlah pagi tu. Bila waktu rehat, nak pump susu, tetiba baru perasan , tetinggal both valve n membran MEDELA aku. Biasa tertinggal 1, ni dua-dua sekali, memang tak boleh langsung nak pump sebelah. Ada jugak try call member tapi can't manage to get one. Then member ofis suggest suh I balik je ke rumah sekejap. Aku pun memang tak boleh tunggu sampai balik sebab dah bengkak sangat breast ni. Masa drive balik tu terfikir gak apa agaknya hikmah aku kena balik rumah kejap ni. Aku selalu melihat setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Hubby pulak call tanya result blood test dah kuar belum. Aku kata belum terima call adari Klinik. Dia dia call pun lom dapat lagi. Hubbyku pulak haritu kena ke Melaka lepas buat blood test pagi tu. Tu yang dia insist to do the blood test sebab takut anything happens while dia outstation.
Lepas dah pump susu, direct bf and dah makan, aku pun bertolak balik ke ofis. Masa tengah start enjin kereta, hubby pulak call aku, dia kata Dr call, bagitau platlet Harith dropped. Then terus tutup enjin dan masuk balik ke rumah untuk bersiap ke hospital. Aku sebelum tu ke klinik dulu untuk ambik surat refer Dr. Rupanya inilah hikmah aku tertinggal valve n membran medelaku sampai terpaksa balik ke rumah waktu lunch.
Ni gambar Harith masa malam pertama di ward.Masa sampai je di emergency dengan bibik, diorang check Harith tak demam. Tapi aku just tunjuk je surat refer Dr . Sekali lagi dia kena ambik test darah lagi. Sian dia, menjerit-jerit. Kitorang ambik yang single bedded room sebab hubby boleh temankan sama. Lagipun tak nak gangguan budak-budak lain menangis kat sebelah. So boleh make sure Harith tidak terganggu tidurnya.
Malam tu Dr Azam, pae Harith datang check Harith. Dia kata as long Harith tak demam, he is recovering. Dari admitted sampai ke malam Harith tak prescibed with any medicine, kecuali drip air. Cuma sebelum tidur, nurse bagi Harith ubat anti gatal sebab ada minor rash mula kelihatan. Takut dia akan kegatalan. Tapi Dr tak bagi pun any antibiotik for him. He is rely so much on breastmilk so that dia dapat recover cepat. Alhamdulillah takde any complications. Just waiting dia punya platlete count stabil.
Pic taken on wednesday, Harith tengah tido. Dia nak tido kepit je ngan mama dia, taknak tidor di katil sendiri. Hari ni I'm still temankan Harith kat wad.
No comments:
Post a Comment