Find Topic here eg.: Batuk

Sunday, August 16, 2009

Jangan Obses minum susu lembu

Aku memang dah lama terbaca yang Susu lembu bukanlah bagus sangat untuk diminum.
Memang secara amnya, kita telah di war-warkan untuk minum susu untuk tulang yang sihat, tapi susu juga boleh membawa kepaada banyak penyakit.

Sebenarnya aku pernah terbaca bahawa orang Eskimo, yang jarang minum susu lembu, kadar kes Osteoporosis jauh lebih rendah dari orang yang tinggal di bandar atau kawasan ternakan. Susu boleh menyebabkan banyak mukus dihasilkan di dalam badan, especially tak bagus untuk pengidap athsma atau lemah paru-paru. Sejak aku kurang minum susu lembu, aku memang sangat jarang mudah selsema.Sebenarnya kalsium boleh didapati dari sayur-sayuran selain dari susu lembu.Kalau tak pun, carilah supplement kalsium yang bioavailable dan selamat untuk buah pinggang kita.

Syukurlah aku memilih untuk menyusu sepenuhnya anak ke 3 ku sekarang. Niat di hati aku nak fully breastfeed him hingga berumur 2 tahun seperti yang disyariatkan di dalam Al-Quran. Aku dah menyatakan hasratku kepada Hubby, alhamdulillah dia sokong. Sekarang pun dia selalu bagi hint bila Harith yang berumur 5 bulan lebih sekarang dah mula hisap ibujari kaki. Mak mertua asyik cakap "Dah lapar ke? Nak makan ye?" Nada bertanya seolah bagi hint aku kat aku suh bagi makan cepat. Hubby pulak menjawab, "Tak payah makan lah. Biar menyusu je sampai umur 2 tahun. Belum makan pun badan dah semangat". Sekarang dengan hanya menyusu je pun berat Harith sekarang dah 7.3kg. Nampaknya, dulu masa dengan anak sulung, misi untuk aku menyusu badan sahaja anak-anakku sekurang-kurangnya selama 6 bulan berjaya. Both yang 1st dan 2nd daughter aku dapat susukan hingga 7 bulan.Kini ada misi kedua pulak untuk menyusu sehingga 2 tahun. Aku harap aku mampu. Aku pun tengah kuatkan azamku.Aku pun kena cukupkan nutrient, kerapkan menyusu dan mengepam untuk terus tingkatkan susu badanku. If ramai la ibu macam ku, alamatnya tak laku la susu formula di pasaran.

Ini aku ada terbaca artikel pasal susu yang menyebabkan penyakit diabetes, jantung, autisme & Schizophrenia. Hanya untuk tambahan ilmu.Terpulang untuk terima atau tidak kenyataan tersebut.

http://www.naturalnews.com/026684_cows_diabetes_casein.html


2 comments:

  1. Bagus tu...teruskan usaha anda tuk menyusukan anak sampai 2 tahun...saya bf anak saya sampai setahun sebulan je...skrg ni dh minum susu formula...

    Kalau xnak minum susu lembu, boleh bagi anak susu kambing HiGoat. Saya ada jual sekotak cuma RM36.60. Tambah pulak Harith ni allergik kan...susu kambing mmg bagus...Sunnah Nabi lagi klo kita minum...

    ReplyDelete
  2. Hi Yam, susu HiGoat ni made in mana? Australia ke? Biasa susu kambing byk asal dari sana? Sesuai ke baby minum susu kambing?

    Alhamdulillah Harith baru genap 7 bulan, masih fully bf, belum bagi makan lagi. Dulu mmg ada consider susu kambing formula kalau la susu dah merudum nnt. Sedap tak rasanya? baby yg bf ni particular sikit bab taste of the milk.Sume anak-anak saya gitu, if susu tak sedap, tak nak.

    Petang semalam Harith yg tengah lasak merangkak, main botol susu anak orang yang mak jaga. Bila perasan, dah bau susu kat lengan baju dia sbb botol tu tak bertutup.Lepas tu tidorkan dia kejap. Bila dia bangun, perasan kat keliling bibir dia ada ruam susu mcm kena gigit semut.maybe terkena area mulut dia sebab dia suka hisap jari. Then baru teringat dia ada main botol susu sebelum tu. Nampak cepat sgt allergiknya to cows milk. Sib baik ada baby balm for any rashes, sapu kejap dah gone rashes tu. It seems like mmg kena la saya struggle bf dia selama mungkin.

    ReplyDelete