Hari Sabtu lepas, aku hadir 2 jemputan kahwin. Kedua-dua jemputan ni penting sebab 1 daripadanya dari kawan baik Bapak mentua dan lagi satu dari makcik Suamiku. So kami semua pun pergi dengan membawa 2 anak dara ku yang masih kecil tu. Yang bujang kenit tinggal dengan bibik sebab cuaca tak mengizinkan dan masih terlalu kecil. Memandangkan kedua-dua kenduri menghidangkan air batu, dan memandangkan cuaca yang panas, maka sukarlah aku nak elakkan anak-anakku tu dari minum air yang belum tentu tapisannya dan belum tentu masaknya tu. Diorang bukan makan sangat pun sebab masih kenyang dengan sarapan pagi. Minum air je bergelas-gelas.
Malam tu, takde pun tanda-tanda mereka selsema lagi. Oleh kerana masing-masing penat, mereka berdua tertidur awal. Tak sempat aku nak berikan mereka UMI untuk menghalang mereka dari dijangkiti batuk atau selsema.
Esoknya, awal pagi dah kena bersiap awal sebab aku nak join gathering forum SusuIbu di Putrajaya. Maid aku bgtau masa mandi, Afreen termuntah. Mungkin dia tak sedap perut. Afreen pun kerap berak haritu. Sekali di Putrajaya, kemudian dalam kereta, on the way balik dari Putrajaya dan 1 kali lagi pukul 3 ptg. Biasanya sehari, sekali je dia berak. Aku rasa ni mesti silap makan atau minum air tercemar. Aku pun sakit-sakit memulas perut. Kerap jugaklah aku ke tandas sejak balik kenduri semalam. Suami ku pun sama rupanya. Rasanya sebab air minuman. Sebabnya kami makan menu yang berbeza. Afreen, lepas berak yg ketiga kali, aku terus je bagi UMI hampir separuh peket. Syukurlah lepas dia takde terberak-berak lagi.
Malamnya pulak, aku dapati Aina, tidur berdengkur dan bunyi kahak. Malam ni pun sama aku terlepas bagi anak-anakku UMI sebelum tidur sebab dia tertidur awal. Mungkin kepenatan dek datang gathering SusuIbu siang tu. Tengah malam, dia mintak susu kat papanya. Aku masa tu sibuk breastfeed Harith. 2 jam kemudian dia mintak susu lagi, tapi hubbyku marah sebab dia baru je lagi minum susu dan berkahak. Sebenarnya susu lembu baik dielakkan dalam keadaan kita berkahak sebab susu lembu byk mukus. So akan sebabkan byk lagi kahak. So hubby ku suruh mintak kat aku sebab dia dah malas nak bangun lagi. Aku pun terus capai UMI, dan bangunkan Aina. Aku bagi dia 3 sudu kecik plastik warna-warni yang aku beli kat Ikea tu. Harapan aku biar kahaknya mencair dan tiada lagi dengkuran kuat. Kemudian aku terus pergi buat susu. Sementara dia menantikan susu, so sempatlah bagi UMI tu terserap kat badan. Aku buatkan sikit je susu sebab nak alas perut dia. Masa tu jam dah pukul 3.30pg. Then aku pun terus tukar lampir Harith. Sambil tu aku dok perhati corak pernafasan Aina. Alhamdulillah dalam 30mins bunyi kahak semakin hilang dan dengkuran dah tak kedengaran lagi. Masa tu memang aku sangat syukur aku standby UMI di rumah. Siang tadi baru je upline aku bagitau stok UMI kat Asia Pacific habis. Next week baru ada. Syukurnya aku ambik stok UMI lebih haritu. Pagi tadi sebelum pergi keja, aku sempat bg kat babyku Harith dan Aina. Pagi tadi pun bila aku suruh dia hembus hingus, dia kata takde, dah jadi kerak. Harapnya mereka sentiasa sihat.Bila mereka sihat, tentunya aku lebih tenang bertugas di pejabat.
Yang menariknya, Afreen tak pulak berkahak. Dia memang tidur dengan nyenyaknya and so silent. Padahal dialah Ratu minum air. Dia memang kuat minum air dan banyak minum air batu haritu. Mungkin sebab aku dah bagi dia UMI lebih siang tadi. Lagi satu aku perasan Afreen lagi kuat antibodi berbanding Aina. Rasanya sebab Afreen dapatku susukan lebih lama. Aku dapat susukan Afreen hampir setahun setengah, while Aina hanya 8 bulan je. Both terpaksa stop kerana aku dah mengandung lagi. Hopefully aku dapat susukan Harith atleast selama 2 tahun. Lagipun Susu tepung dah mahal. Lagipun bukan itu soalnya, SusuIbu lebih baik dan hanya yang terbaik untuk anak-anakku.Bukan aku tak mampu beli susu formula. Tapi buat apa beli barang yang mahal tapi mendatangkan masalah. Aku lebih rela beli pump susu yang berharga ribuan ringgit tapi boleh membantuku memerah susu Ibu untuk anak-anakku.
No comments:
Post a Comment