Find Topic here eg.: Batuk

Thursday, May 7, 2009

Pilihan untuk hidup masakini

Membesarkan anak-anak di zaman moden ni banyak cabarannya. Kita semua terdedah dengan budaya hidup yang serba segera dan serba mudah. Bukanlah mudah untuk aku pejamkan mata & pekakkan telinga anak-anakku untuk menjauhkan atau menghalang mereka dari pendedahan iklan yang begitu menarik hati. Suka atau tidak, sekali-sekala aku terpaksa membenarkan mereka menikmati nikmat dunia hari ini, menikmati makanan segera. Aku dan suami sangat tahu risiko makanan segera yang semuanya sedap-sedap belaka. Jadi kami telah menetapkan kepada anak-anak kami, yang sedap, tak boleh makan selalu kerana tak elok, hanya boleh makan sekali je dalam sebulan, kalau banyak pun 2 kali. Semalam berulang-kali suami menegaskan perkara ini kepada anakku yang baru berusia 3thn 10bulan tu. Setiap kali itu dia mengiyakan saje pesan papanya..tapi setiap kali pasti anakku, Aina menjawab "ya..tapi sedap papa" dan hubby pun akan ulang.."tapi tak boleh selalu".



Bagi aku pulak, aku hanya berikan perlindungan dari segi menguatkan imun sistem anak-anakku dan penentang radikal bebas. Nak harap mereka tu makan banyak sayur-sayuran, apatah lagi ulam-ulaman, jauh sekali. Bukan mereka tak makan sayur langsung, tapi tak cukup. Lagipun sayur & buah-buahan sekarang banyak bahan kimia dan nilai zat yang rendah, melainkan ia dari jenis Organik. So Agel la yang mampu aku beri, yang mereka mahu dan yang baik untuk mereka.

No comments:

Post a Comment