Now it seems menjadi isu hangat akhir-akhir ini tentang pentingnya makanan tambahan dalam kehidupan hari ini, tak kiralah di mana-mana forum pun kerana MLM company tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Sebenarnya bagi ibu-ibu yang benar-benar berhasrat untuk menyusukan bayi mereka sepenuhnya, tiada bergantung langsung dengan formula Milk (FM), mereka haruslah mengamalkan pemakanan yang sihat semasa mengandung lagi. Manakala untuk mendapat anak yang sihat, (dengan izin Allah), disarankan amalkan pemakanan sihat sejak sebelum mengandung lagi. Dr juga akan menyarankan pelbagai vitamin yang berkaitan ketika si ibu membuat pemeriksaan kesihatan. Fungsi vitamin sebenarnya memastikan fungsi organ-organ si ibu berjalan lancar, mengelakkan komplikasi semasa mengandung dan untuk membentuk darah daging, anggota badan dan akal yang cerdas si bayi yang dikandungkan dengan sempurna.
Malangnya dengan keadaan zaman ini yang banyak makanan segera dan bahan pengawet yang tinggi, cara masakan yang mengurangkan zat dan tanaman tak organik, agak sukar untuk kita menikmati khasiat yang cukup dari pemakanan harian kita. Zat yang diperlukan oleh badan untuk memperoleh kesihatan optimum tak boleh didapati dari rutin pemakanan harian kita. Maka disinilah makanan tambahan diperlukan dan memainkan peranan. Ia boleh diambil bila-bila perlu, untuk menambah mana yang kurang dan bergantung kepada keserasian tubuh seseorang itu.Semestinya air bersih yang bebas logam berat dan sisa-sisa organik yang boleh membahayakan kesihatan adalah sangat penting untuk membawa zat-zat tersebut ke seluruh anggota tubuh manusia.
Berbalik kepada soal menyusu, saya ingin quote statement tentang fakta penyusuan yang disebut oleh seorang forumer
"A woman’s body stores fat during pregnancy to help make milk during breastfeeding.
-she makes milk partly from these stores and partly from the food that she eats.
A MOTHER NEEDS TO BE IN A STATE OF SEVERE MALNUTRITION FOR HER BREASTMILK PRODUCTION TO DECRESE SIGNIFICANTLY
-If there is a shortage of food, she first uses her own body stores to makes milk
- Her milk may be REDUCED IN QUANTITY and slightly LOWER IN FAT AND SOME VITAMINS compared to that of a well-nourished mother. But it is still GOOD QUALITY
Poor food choices or missing a meal does not reduce milk production"
Di sini dijelaskan, susu takkan berkurang pun kualitinya kerana sebahagian khasiat akan diambil dahulu dari ibunya yang telah mengumpul zat yang banyak ketika mengandung dan sebahagian dari apa yang si ibu makan hari tersebut. Tetapi jika si ibu tidak amalkan pengambilan nutrisi yang cukup, pasti si ibu pula yang saban hari akan ketandusan zat kerana banyak yang disumbangkan untuk si baby..itulah pengorbanan si ibu. Jadi susu ibu tiada tandingannya. Ini kerana, ciri-ciri sesuatu pemakanan itu bergantung kepada bioavailibilitynya. Susu ibu adalah yang paling bioavailable untuk si baby. Lemak-lemak dan zat-zat mudah dihadam dan baik untuk tumbesaran si baby. Itulah sebabnya baby yang menyusu ibu sepenuhnya sangat cergas. Kerana susu tersebut cepat ditukar kepada tenaga. Memang tak dinafikan bayi yang disusui ibu sepenuhnya agak sukar nak tidur lama. Tenaga baby itu tidak dihabiskan untuk menghadam susu yang diberikan (tidak keletihan), sebaliknya tenaga baby hanya digunakan sedikit untuk mendapatkan tenaga baru dari susu ibu itu . Ini dapat dikaitkan kenapa kita berasa letih dan mengantuk selepas mengambil makanan yang berat. Ini kerana untuk mendapatkan tenaga dari makanan tersebut, kita terpaksa pula menggunakan banyak tenaga untuk penghadaman. Sebaliknya ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan kurang keletihan kerana cukup tenaga untuk membuat kerja lebih di dalam tubuh seperti penghadaman.
" Her milk may be REDUCED IN QUANTITY and slightly LOWER IN FAT AND SOME VITAMINS compared to that of a well-nourished mother. But it is still GOOD QUALITY'
Maksud ayat ini, Jika berlaku keadaan yang mana si ibu kekurangan nutrisi, Susu si ibu tersebut mungkin akan berkurangan dari segi kuantiti, sedikit rendah lemak dan sesetengah vitamin, berbanding ibu-ibu yang cukup pengambilan nutrisinya. Tetapi, susu ibu tetap masih berkualiti.
Dari apa yang aku fahami, susu ibu itu sendiri ada perbandingannya jika dihasilkan oleh ibu yang cukup pengambilan vitaminnya. Jadi aku berpendapat, apalah salahnya kita mengambil makanan tambahan jika ada sedikit kemampuan untuk memperkaya khasiat susu ibu itu sendiri. Inilah uniknya susu ibu, Si ibu boleh menentukan ramuan susunya hasil daripada apa yang si ibu makan atau ambil dalam pemakanannya. Kesan pengurangan zat si ibu mungkin sukar untuk kita bandingkan sekarang, tetapi biasanya bila kita buat gathering dengan rakan-rakan sekolah, masa itu kita dapat lihat siapa yang masih maintain dan siapa yang nampak jauh lebih tua dari usia sebenar.
Kerana percaya bahawa zat yang mencukupi akan menjadikan bayi-bayi itu lebih sihat dan cerdik, syarikat FM bertungkus lumus mengkaji vitamin tambahan untuk FM baby. Malangnya soal laktose susu lembu itu sukar dihadam oleh perut baby yang masih kecil dan belum tentu zat-zat yang dibekalkan dlm FM dapat diterima dengan sempurna oleh perut si baby, maka Susu Ibu masih terbaik. Selain itu susu lembu itu mugkin mendatangkan allergi kepada baby. Walau ada kemungkinan khasiat susu ibu kurang ke (Wallauhua'alam), tetapi jika zat yang kecil dan sedikit itu memadai untuk dihadam dan diubah menjadi sesuatu yang sangat berguna untuk pertumbuhan tubuh bayi, Susu ibu tetap lebih baik.
Apa yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu adalah dari diri sendiri yang tidak sempurna. Hanya Allah yang Maha Sempurna.
No comments:
Post a Comment