Find Topic here eg.: Batuk

Saturday, November 21, 2009

Harith dah discharge..

Alhamdulillah, petang Jumaat kelmarin Harith dah discharged dari Wad Kanak-kanak Hospital Pantai. Kadar kenaikan platlet memang banyak, dari 99k pada Hari Khamis kepada 160k pada blood test pagi Jumaat. Min platelet count ialah 150k. Actually after Dr Azam visit Harith petang Khamis tu to officially inform us that platelet Harith dah mula naik, dia kata kitorang boleh discharge petang tu kalau nak, tapi advisable to do one more blood test esoknya to confirm that memang kenaikan platlet tu berterusan dan bukan sementara. So we have decided to stay 1 more night there. Water Drip Harith pun dah dihentikan petang Khamis tu. Memang pagi Jumaat tu kami dah bersiap untuk balik walau result blood test belum keluar. Kitorang risau gak if platelet count dia cuma naik sikit, Harith can still be discharged or not. Kadar kenaikan platelet seseorang memang banyak bergantung kepada tahap imun si pesakit sendiri. Lihat sahaja pengalaman aku dan hubby dulu.

Bila aku baca risalah denggi, tak banyak simptom yang mengesahkan Harith is infected with Dengue sebab dia kelihatan seperti demam biasa yang mungkin hanya nak kena campak.Takde pulak muntah-muntah atau cirit-birit. Tapi yang aku ingat dia banyak kencing. Every 2 hrs pampers memang penuh tak macam biasa. Kencing banyak memang luar biasa. Dia pun takde menangis sangat..merengek sikit-sikit je. Tapi bila teringat iklan di TV, demam jangan dipandang mudah yang akhirnya membawa kami nekad untuk teruskan blood test walau pagi Selasa tu dah kebah demamnya. If tak buat blood test, maybe kitorang akan treat him as a normal and healthy baby sebab sepanjang plateletnya yang rendah, memang suhu demam dah takde. Walhal bila platelet dah rendah ni, yang paling bahaya ialah pendarahan dalaman tanpa disedari. Biasalah budak lelaki, aktif je. Bila platlet dah rendah, darah akan lambat membeku bila ada kecederaan. Di situlah bahayanya. Jadi lepas ni, if anak-anak demam lama dan kuat, aku akan insist on blood test.

Pengalaman ini pasti takkan dapat kulupakan kerana pertama kali anak dimasukkan ke ward kanak- kanak. Mujur platelet count Harith yang paling rendah hanya 78k, tak kurang dari itu sebab Harith baru berusia 8 bulan setengah. Sian dia. Drip water Harith masa mula admitted ialah 30ml per hour, then petang Rabu Dr turunkan kepada 15ml/hr. Syukur dia takde masalah selera makan, so aku dapat kerap bf him. Itu yang Dr turunkan kadar drip air garam tu. Kesempatan aku temankan Harith di ward sekaligus naikkan lagi breastmilk supply dan dapat tambah stok susu. Aku nampak banyak sangat kelebihan menyusukan Harith di sini. Memang mempercepatkan penyembuhan penyakit ini selain supplement Agel dan sokongan moral, kasihsayang dari Papa & Mama. Fasiliti di Hospital juga sangat helpful. Jururawat yang friendly dan pandai melayan kanak-kanak. Memang patutlah mereka ditugaskan di wad kanak-kanak.

Sepanjang berada di ward, Harith tak diberikan antibiotik, sebaliknya Probiotik, sekali sehari. Ubat demam 1x dan tahan gatal pulak 2x sehari. Tapi rasanya ubat ni tak menjadikan Harith terlalu mengantuk sebab biasa dia tidur lepas ambil ubat pun cuma 1 jam. Selebihnya bermain je. Kecuali jika aku tidur bersamanya, hehe.Kalau solat pun, elok aku bagi salam, dia pun dah celik, mencari aku..hehe.Asik nak melekat je ngan Mamanya. Malam terakhir berada di Ward, kitorang sempat mengabadikan kenangan di sana. Harith pun berikan pose yang istimewa lagi kiut..

p/s: Ohya, UMI dah sampai pada hari Jumaat haritu. So, sesiapa yang nak order, boleh email ya.

Di bawah sedikit gambar kenangan Harith di Ward.






Ni masa malam kedua, Rabu malam Khamis. Budak debap ni..masa warded dia makin bulat..





Harith still beri senyuman yang ceria..



Harith lepas bangun tidor petang..masa ni aku baru je solat maghrib..Kejap je dia tidur









Seronok tangan dah takde wayar ..senyum menguntum..Cayang Harith..mmuahh!

No comments:

Post a Comment