Find Topic here eg.: Batuk

Sunday, June 14, 2009

Lega Dah Cabut Gigi Bongsu

Alhamdulillah, hari Jumaat lalu (12/6) aku telah selamat menjalani minor surgery to remove gigi bongsuku. Sakit bermula pagi hari Khamis. Pagi tu, bila bangun tido, aku rasa sakit kat pipi ni dan ada benjolan hampir seperti saiz telur puyuh. Malam tu memang aku rasa dah sakit sikit kat gusi belakang tu. Walau hari Khamis tu patutnya aku dah ambil cuti, tapi aku tetap ke pejabat sebentar sebab ada meeting penting pagi tu dan tak boleh tangguh ke waktu lain lagi. Nak sorokkan pipi yang dah kembung sebelah, aku tarik tudung ke depan sikit kat pipi kanan ku ni.

Masa datang meeting, badan dah rasa tak sedap, rasa nak demam. Aku tanya rakan pejabat kalau Dentist kat PPUM tu dibuka lepas meeting. Tapi habis meeting pun dah pukul 11pagi, too late nak pergi situ, nak tunggu queue lagi. According to my colleague, dulu dia cabut semua gigi bongsu kat PPUM, masa dia cabut tu pun, dalam keadaan bengkak. Kos surgeri pun tak mahal sangat, bawah RM100 je. Tapi masa tu dia masih ada kad student UM, maybe sebab tu murah sikit. Tapi dalam bulan April lalu, a week sebelum aku balik dari berpantang, masa gigi bongsuku bengkak pertama kali, bila aku pergi private dentist, Dr tu just bagi antibiotik dan pain killer to reduce the swollen. Masa tu, according to the dentist, aku kena tunggu bengkak reda baru boleh buat surgeri. Mungkin masa tu bengkaknya agak kuat. Padahal masa tu cepat juga aku berjumpa dentist.

Memikirkan yang kalau aku berjumpa Dentist pun Dr hanya akan bagi aku pain killer and antibiotic, so aku pergi ke klinik panel yang satu building dengan office je dulu. Sebab lepas meeting tu aku nak singgah gi shopping sat. Memang sat je pun pi shopping sebab badan dah tak sedap, dan aku dah pesan kat bibik nak balik awal nak bf baby. So susu untuk pukul 4 aku tak tinggalkan. Masa kat klinik panel, the Dr mentioned not advisable to take pain killer sebab aku breastfeed baby, lagipulak baby baru 3 bulan. Kecuali aku dah tak tahan sangat sakitnya. So aku cuma makan pil tahan bengkak je.

Malam tu aku demam panas, gara-gara bengkak gigi ni la yang makin menjadi. Aku pun makan Agel Exo & UMI. Tapi bukan sekaligus, selang 2 jam mcm tu. Alhamdulillah dalam kira-kira pukul 3 pagi, panas badan dah kebah. Aku dah berpeluh2. Sebab timer aircond pun dah off. Aku terus on balik aircond sebab dah kepanasan, huhu.

Pagitu aku terus ambik MC even dah tak demam. Tapi bengkak di pipi masih kelihatan. Oleh kerana dek melayan kerenah anak-anak, lepas Jumaat baru aku ke Dentist to check condition bengkak tu. Of course la sakit gigi, mesti jumpa Dentist juga. Masa pergi tu, aku tak fikir akan buat surgery petang tu jugak, aku ingat nak suruh Dr tengokkan je. Yang anakku berdua tu pulak nak ikut, aku pun angkut la mereka berdua. Diorg pun pernah ke sana dan selesa di sana. Bagi peluang si Harith tidur lena & lama sikit sebab kakak pengacau dan kecoh ni dah keluar,hehe.

Agaknya memang petang tu dah takdirku untuk remove gigi tu. Elok aku sampai Dr tengah free, takde patient. Aku pergi ke Klinik Aesthetic Dental Surgery . Kira dia buat segala macam treatment nak cantikkan gigi. Kira specialist la. Sebab ni soal gigi bongsu, aku ni memang la penakut cabut gigi. Lagipulak dengar macam cerita-cerita yang tak tentu sahihnya pasal cabut gigi bongsu ni. Buatkan aku pilih bukan sebarang Dr la nak extract gigi bongsuku ni.

Rupa-rupanya, taklah ngeri sangat nak cabut gigi bongsu ni walaupun aku kena lalui minor surgeri. Tak semua case cabut gigi bongsu ni kena wat surgeri, tengok macammana gigi tu keluar. Masa tu, Dentist aku cakap condition bengkak aku tu masih ok lagi, kira kalau nak cabut masa tu sesuaii la gitu. Walau dia tengok mcm ok, tapi aku rasa tak tertanggung lagi sakit ni. Dr bagi aku option, nak tunggu dulu bengkak reda, then datang balik, or buat sekarang. Akhirnya aku decide, buat masa tu jugak sebab dah alang-alang sakit, biar sekali. Nanti dah baik bengkak, nak cabut pulak, dah dua kali sakit. Tak kuasa lagi aku nak tanggung.

Dentist tu pun terus la wat x-ray kat area gigi bongsu aku tu. Sementara tu, anak-anakku sibuk bermain kat ruang tamu. Masa tu yang ada hanyalah Dentist, Nurse, aku dan anak-anakku kat klinik tu. Oleh kerana tu Klinik Private, so pintu dia lock. So, aku tak bimbang la anak-anakku bermain kat ruang tu. Yang kelakar, masa Dr tengah jahit gusi, masa tu lah anak sulungku nak gi toilet. Dia dah toilet trained, tapi umur baru nak masuk 4 tahun, so tak pandai pergi toilet sendiri. Yelah, bukan kat rumah, bukan biasa toilet klinik tu. Bertalu-talu jerit panggil-panggil aku "Mama,nak kencing!" .Terpaksala aku mintak tolong nurse bawakkan anakku tu ke toilet.

Masa Dr nak mulakan operation..suspen je rasa. Apa-apa hal dia bius dulu. Nak kurangkan rasa gabra, aku cuma set kat kepala yang sakit bersalin lagi sakit dari sakit gigi. Kalau boleh lalui bersalin normal 3 orang anak, takkan la cabut gigi tak boleh? So masa tu aku pegang statement ni la untuk kuatkan semangat aku. Syukurlah, dalam 20mins macamtu akhirnya gigi bongsuku berjaya dikeluarkan..huhu. Now tinggal nak menjahit je. Aku rasa, banyak gak la jahitannya. Tapi dah kebas pun gusi tu..layan je la nganga..letih gak nganga lama-lama..huhuhu

Jadi selamatlah pembedahan gigi bongsu petang tu, alhamdulillah. Lepas je dah buang, terus surut mendadak bengkak kat tepi pipi tu. Masa tu baru rasa yang aku dah buat good decision. Aku ingat nak pergi ke PPUM la next Monday tu sebab nak wat surgeri kat situ je, murah banyak dari Private. Tapi tulah, hassle tu yang malas aku nak lalui, dengan sakit gigi, nak queue, nak set appointment. Kalau aku hold lagi, entah2 makin bengkak ler pipi aku tu. Yang worse nya, boleh bawa kepada perkara-perkara yang tak diingini. Actually Mak aku ada ceritakan yang dulu, ada seorang teman pejabatnya mengalami sakit gigi bongsu ni la..beliau selalu sakit tapi pendamkan je. Malangnya sakit tu akhirnya menjadi BARAH GUSI. Dentist detect masa nak buang gigi bongsu tu, tapi dah terlewat, orang kata makan dalam. Kini teman mak ku itu dah kembali kerahmatullah. Masih muda dan meninggalkan anak yang masih bayi ketika tu..sedih sungguh..

Ohya, oleh kerana aku masih breastfeeding, jadi aku sangat tak digalakkan ambil pil pain killer. So aku pun tak ambik ler, cuma makan antibiotik. Lagipun memang tak sakit sangat pun lepas wat surgeri tu. Aku makan EXO je nak legakan rasa sengal-sengal tu. Tapi bila makan antibiotik, poo baby aku jadi kaler hijau. Lain-lain aku tengok baby aku ok je. Susu aku pun tak pulak kurang. Yang best, esoknya aku dah boleh makan macam biasa. Cuma kunyah belah kiri je la. Sakit lagi semasa gigi bongsu tu ada. Hari bedah gigi tu, aku cuma makan bubur nasi.

Jadi kesimpulan ku, jangan biarkan bengkak gigi tu berterusan. Bila dah mula bengkak, cepat-cepatlah buang. Actually gigi ni dah bengkak sekali masa hujung April, lepas aku habis pantang. Tak sangka datang balik bengkaknya bulan ni, so aku rasa ini tanda yang tak baik untuk aku biarkan gigi ni. So far, gigi-gigi bongsuku yang lain dah tak aktif dan tak bengkak, tiga-tiga penjuru tu sume gigi bongsuku dah timbul, hopefully dok je la diam-diam, ye. huhu.

Sekian..TQ for reading.. : )

3 comments:

  1. salam, thanks for the experince.. im actually having the same situation rite now.. tapi gusi tak bengkak.. cuma effectnyer sakit kepala yang mmg sgt2 sakit.. so, tq for the story, insyaallah nak pegi wat minor surgery ni..hehe

    ReplyDelete
  2. wah lambatnye tumbuh gigi bongsu. or mmg lambat keluarkan gigi bongsu tu?

    Tgk post terbaru saya: Gigi Bongsu

    ReplyDelete
  3. lambat keluar sbb takde ruang. Bila byk gigi dah dikeluarkan utk buat braces..baru la gigi tu ada peluang nak tonjolkan diri..gigi tu dah lama jadi 'reserve player', since 10 yrs ago masa tgk xray ketika nak pasang braces dulu..hehe

    ReplyDelete