"All medical statements in my blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration. The products are not intended to diagnose, cure or prevent any disease"
All testimonials here adalah diambil dari pengalaman sebenar pengguna Agel. Aku tahu bagi sesetengah orang yang sangat berpandukan nasihat Doktor, akan merasa ragu untuk mencuba produk ini terutama untuk bayi. Aku pula, bukan tak percayakan perubatan moden, tetapi aku tertanya kenapa perubatan moden membuatkan kita menjadi hamba ubat? Aku masih perlukan Dr kerana mereka lebih arif. Itu pasal aku mengambil langkah mencegah dari merawat. Kos perubatan sememangnya mahal. Itu belum masuk lagi dengan kepayahan pesakit dan ahli keluarga. Aku hanya mahukan keluarga aku sihat dan begitu juga orang lain. Itulah aku menzahirkan blog ini, dengan tujuan utama ialah membantu parents lain khususnya dan masyarakat di luar sana amnya. Setiap manusia Allah jadikan unik, walau sesama kembar pun pasti ada bezanya. Begitu jugalah dengan produk kesihatan, ada yang serasi dan ada yang tidak untuk setiap orang. Yang penting kita berikhtiar dulu, baru berserah.
Adakah aku sanggup memberikan sesuatu yang membahayakan kesihatan anakku sendiri? Apa yang aku lakukan semua atas pertimbangan wajar. Apa yang aku fikirkan masa itu ialah, kalau aku ada peluang nak sembuhkan anakku semasa dia masih kecil dengan cara yang tidak menyakitkan, cara yang ku kira mudah dan selamat, sementara aku mampu, kenapa aku taknak ambil peluang ini dan biarkan anakku menderita untuk beberapa tahun lagi? Kini syukurlah anak-anakku sihat, terutama anak ketigaku, Muhammad Harith yang bebas dari belenggu kahak atau lendir. Now dia dah pandai bergurau dan berbual. Ramah sungguh, mudah tersenyum dan tertawa. Apa lagi yang diharapkan oleh ibubapa selain melihat anak-anak mereka sihat dan happy.Aku tak sanggup membiarkan anak aku melalui keadaan di mana dia terpaksa guna nebulizer untuk sedut kahak. Aku tahu saat itu bukan mudah bagi seorang ibu. Aku pernah saksikan sendiri teman sepejabat yang setiap minggu mengunjungi doktor atas sebab kahak ni.Bukan setakat setiap minggu, ada yang hampir dikatakan setiap hari. Biarlah Paed tak rekemen ke, kerana supplement ni mereka pun tak studi. Yang merana si kecil, yang susah payah si ibu bapa. Syukurlah hubby ku sangat supportive dengan apa yang aku decide. Sejak dari aku nak fully breastfeed anak aku, cloth diapering anakku dan kini memberikan anakku supplement ini.Hubby aku support pasti ada asasnya. Dia melihat anak sulung kami sebagai role model. Aina sihat & cerdik, begitu juga Afreen. Bulan July depan Aina akan sambut besday beliau yang ke 4 tahun.Aku memang mintak dijauhkan penyakit yang membawa anakku dari masuk wad. Alhamdulillah mereka belum pernah ditahan di wad. Aku bukan nak takbur, semua ini pun rahmat dari Nya.Aku sangat bersyukur.
Kalau orang pertikai soal natural ke produk ni? Pengambilan Vaksin tu natural ke? Aku tahu ramai parents di negara-negara maju taknak ambil vaksin untuk anak-anak mereka. Aku ingat lagi sebelum aku deliver baby ketiga ku di Hospital Pantai Bangsar, nurse tu mintak aku sign dulu surat yang membenarkan anak aku divaksinasi sejurus beliau lahir. Menurutnya dia minta ni sebab kebanyakan parents 'mat saleh' taknak anak mereka diberi suntikan vaksinasi. Itulah aku hairan sebab semua anak-anakku dilahirkan di situ, sebelum ni tak pernah pulak dia mintak sign. Tak tahu lah kot sebelum ni Suami ku yang signed the consent form sebab kali beliau tak sempat datang masa aku deliver yg ketiga ni. Dia hanya sampai 15 mins later. Ni sume nurse atau Dr tersilap anggaran. Menurutnya aku mungkin hanya akan bersalin esoknya, hubby aku pun balik. Hubby cuma sempat tido sejam je kat rumah sebelum aku call suruh datang balik sebab nak deliver dah. Maklumlah kita hanya manusia, mudah tersilap buat pertimbangan. Ini semuapun atas kehendak Allah. Kita hanya menjangka. Itu sebabnya, apapun yang aku lakukan, aku hanya berserah.
Aku tak ambil pun any produk yang cepatkan aku bersalin. Kali ni aku tak ambik salindah pun sebab Dr tak rekemen. Actually dulu aku ambik tak bgtau pun Dr. Tapi terkantoi masa nak bersalin anak kedua, hehehe. Alhamdulillah sepanjang aku pregnant both anak pompuan ku, aku sihat dan takde komplikasi. Jadi aku mengambil peluang ini untuk melihat perbezaan antara aku makan Salindah dengan tidak makan.Tapi both anak-anakku sebelum ni aku makan salindah, mereka lebih sihat berbanding yang ke-3 ni, dan lebih mudah bersalin dan kurang sakitnya. Mereka takde alergi selepas lahir, kulit pun cantik.
Mungkin dah takdir, ataupun ia satu petunjuk untukku.Tapi susahlah jugak aku nak rumuskan kerana kali ni anak lelaki. Orang kata bersalinkan anak lelaki ni lebih kuat sakitnya. Pedih betul rasa kat 'situ', huhuhu. Masih terkenang-kenang lagi. Saat tu sampai aku berkata dengan diri sendiri kali ni last lah.
Rasanya itu sajelah yang aku nak ngomel kali ni. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari diriku sendiri yang serba kekurangan.Ohya, aku suka baca Digital Magazine, Mothering.com . Sesiapa yang rasa teringin nak baca, bolehla email kepada ku, aku boleh invite as a reader dan boleh baca free. Magazine ni keluar 2 bulan sekali.
No comments:
Post a Comment